Tiba-tiba saja saya ingin berkongsi pasal pengalaman membeli tanah. Hari ini (13 Disember 2010) selesailah sudah semua proses jual beli tanah. Alhamdulillah banyak juga liku-liku yang dihadapi tetapi berakhir dengan jayanya.
Untuk makluman anda, tanah yang saya beli terletak di Melaka dan lokasinya agak strategik (facing jalan besar, 100m dari sekolah dan bersebelahan dengan gelanggang futsal). Dipendekkan cerita tanah ni memang bagus cuma terdapat pokok-pokok besar serta keadaan tanah yang tidak rata.