Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkenaan bisnes khidmat mencuci rumah secara professional yang dijalankan secara sambilan. Alhamdulillah pasaran perniagaan ini amat tinggi dan sehingga kini walaupun saya sudah tidak menawarkan khidmat ini masih terdapat ramai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat saya. Untuk makluman, saya tidak lagi membuat bisnes ini bukan kerana tidak menguntungkan tetapi disebabkan faktor lokasi tempat isteri bekerja memerlukan saya meluangkan masa hujung minggu bersama anak dan isteri.
Bisnes ini telah saya jalankan pada tahun 2009 di mana pada permulaannya saya mengupah pekerja asing yang mempunyai kemahiran menggunakan machine dan chemical cleaning. Lama-kelamaan saya membuat sendiri dan dibantu oleh adik dan abang ipar saya. Bisnes ini boleh dikatakan sangat mudah kerana lebih bersifat pelanggan mencari anda. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti maka pelanggan akan mewar-warkan khidmat anda pada rakan-rakan mereka.
Perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memulakan bisnes mencuci rumah :
1) Perkhidmatan yang ditawarkan
· Basic Cleaning + Floor Cleaning
o Sasaran ke atas rumah yang tiada perabut
· Maintenance Cleaning (bulanan)
o Sasaran ke atas rumah yang mempunyai perabut (ada penghuni)
Jika anda lakukan secara sampingan digalakkan membuat basic dan floor cleaning sahaja. Untuk yang mempunyai syarikat maka sediakan kedua-dua khidmat yang dinyatakan.
2) Modal
Anggaran modal adalah RM4,000.00 ke RM5,000.00
3) Peralatan
No. | Peralatan | Kuantiti | Harga Seunit |
1. | Scrubbing Machine C/W (Pad Holder, Scrubbing Brush, Solution Tank) | 1 | RM 2,500 |
2. | Wet & Dry Vacuum Cleaner | 1 | RM 1,500 |
3. | 3M 16” Stripper Pad – Black | 2 | RM 16 |
4. | Italy Window Squeegee | 2 | RM 20.00 |
5. | Lamb Wool Complete (C) | 2 | RM 18.00 |
6. | 60 cm Cotton Dustmop Sleevw | 1 | RM 16.00 |
7. | 60cm Dustmop Frame | 1 | RM 20.00 |
8. | Window Scraper | 2 | RM 5.00 |
9. | Round Mop | 3 | RM 10.00 |
10. | Baldi | 3 | - |
11. | Penyapu | 1 | - |
12. | Pengaut Sampah | 1 | - |
13. | Plastic Bag | 1 | - |
4) Bahan Kimia
No. | Bahan Kimia | Kuantiti | Harga Seunit |
1. | Multipurpose Cleaner (20 Litre) | 1 Drum | RM 40.00 |
2. | Wax Stripper (20 Litre) | 1 Drum | RM 58.00 |
3. | Toilet Bowl Cleaner (20 Litre) | 1 Drum | RM 52.00 |
4. | 236 Polish Shine (20 Litre) (Jika anda menawarkan khidmat polish) | 1 Drum | RM 136.00 |
5) Pekerja
· Minimum 2 orang dan maksimum 3 orang
· Upah berdasarkan budi bicara anda
6) Pengangkutan
· Minimum saiz kereta adalah seperti kereta iswara
· Paling baik kalau ada van atau 4wd
7) Kemahiran
· Memerlukan sedikit kemahiran menggunakan mesin scrub dan penggunaan bahan pencuci
Demikian sahaja perkongsian saya kali ini. Tajuk ini ditulis adalah sekadar memberi panduan dan pendedahan kepada anda untuk mencari duit lebih. Jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen anda di sini. Insya’Allah, saya akan menjawab sebarang soalan yang dikemukakan.
terima kasih di atas perkongsian tips.
ReplyDeleteSaya juga minat nak tahu tips utk buat bisness floor polish (marble/concrete/etc) sekira Tuan tahu apa2 rujukan tentangnya...
Terima kasih sudi membaca tips sy. Klu saudara berminat ke atas floor polish sy cadangkan saudara buat floor grind. Sbb. hasil floor grind tahan agak lama dan hasilnya amat memberi kepuasan pelanggan.Klu floor polish boleh bertahan min 6bln dan penjagaannya agak rumit. Tak boleh kena air sgt dan mudah tertanggal permukaan polish jika bergesel.1lg harga chemical polish jg. agak mahal.
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt.
ReplyDeletemkasih bbnyak di atas perkongsian menarik ini. saya pun telah mmikirkan peluang sebegini slpas mrasakan cerewet unt mencari perkhidmatan ini dgn byaran bersesuaian. Alhmdulillah, slpas mencari harga mesen berkaitan, saya temui blog ini. teruja rasanya, kalu bole sy dptkan info d mne brg2 d atas dbeli bole x? contact no. saudara sendiri jika x kberatan, ye!
jzkmullah khair..
smile..
wasalam,
ReplyDeleteterima kasih membaca blog ini. Saudara dah beli mesin scrub dan lain2? Klu belum saya bercadang nak jual semua peralatan bisnes saya. Boleh email saya jika berminat. email : aminrotu@gmail.com. Nama syarikat pembekal untuk barang2 ni nanti saya cari semula resit saya.
assalamulaikum..tuan,boleh minta ajar saya bagaimana nk mulakan bisnes ni dari A - Z,saya zero knowledge..
Deleteassalamualaikum
ReplyDeleteen amin
barang untuk kerja-kerja scrubbing tu masih ada ke..kalau ada saya berminat.Tq
Saya merancang untuk buat perniagaan ni. Terima kasih atas perkongsian. Plan saya ialah menawarkan perkhidmatan mencuci dan mengemas rumah. Sebelum ni saya selalu upah cleaner indonesia yg bekerja di kawasan apartment saya untuk cuci dan kemas rmh 2-3 bulan sekali. Sejam RM50 yg buat kerja 2 org sekawan. Mereka buat sambilan. Memikirkan potensi yg tinggi saya dan isteri memang merancang untuk memulakan perniagaan ni secara sambilan buat permulaan dlm masa terdekat ni. Perancangan jangka panjang nak buat lebih serius. Boleh tak tuan kongsikan pengalaman pahit manis dan tips untuk memastikan perniagaan ini boleh dimulakan dgn baik dan boleh dibesarkan. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum, sy Salina. Saya memang bercadang untuk menyediakan perkhidmatan seperti ini. Bolehkah tuan menjadi mentor saya supaya saya berada di landasan yang betul.
ReplyDeleteBerikut adalah email saya eina0784@gmail.com
www.cacleaningservice.com.my
ReplyDeletekami masih lg membuka peluang kepada sesiapa yg ingin memiliki perniagaan cleaning sendiri dgn cara konsep franchaise... Kami membuka peluang ini kepada semua ini kerana permintaan yg sangat tinggi sehingga kami terpaksa tolak... untuk maklumat lanjut sila hubungi 017 - 8811 088...
Assalamualaikum maaf tuan saya ingin bertanya, masih adakah peluang untuk belajar basic tuk bisnes ni
DeleteSalam tuan, masih ada ke peluang ni. Saya dan keluarga rancang nak buat bisnes cleaning svc
Deletedimanakah sya boleh dapatkan peralatan seperti scrubbing machine yg murah..sbb saya dah survey semuanya 4k keatas
ReplyDeletesaya baru sembang2 dgn seorang sahabat, kami bercadang untuk memulakan perniagaan mencuci rumah. selain daripada alatan mencuci untuk permulaan, bagaimana cadangan untuk meletakkan harga bagi khidmat kami?
ReplyDeleteharap2 boleh bagi kami beberapa cadangan..
terima kasih
saya berminat tetapi tak tahu nak buat secara sendiri. Apakah saya boleh meminta pandangan untuk melakukan bisnes ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy baru memulakan perniagaan membersihkan rumah 2 bulan. sy melihat potensi perniagaan ini.Sy memerlukan tunjuk ajar dari segi pemilihan brg, alatan dan chemical dan teknik2 digunakan untuk memberi hasil berkualiti. dimana saya boleh rujuk atau dapatkan kursus pembersihan? Tq
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletei ingin tau untuk buka business ni apa cara dia.
ReplyDeletekena ambil ssm dan kena buat apa lagi?
Terima kasih untuk info yg sangat bermanfaat ini.. Semoga ALLAH memberikan ganjaran yang setimpal pada tuan dan keluarga.. Saya juga baru bercadang untuk memulakan perniagaan ini di Johor Bahru dan sedang mencari maklumat yang dapat membantu saya memulakan perniagaan ini.. Jazakallahukhairan khatira..
ReplyDeletePerkongian yg hebat dari semua ..terima kasih..saya bercadang nk bukak bisnes ni...saya harap semua dpt membantu sya utk memulakan bisnes ni...peluang ini sya nampak bila semua org sibuk bekerja dan x de masa nk kemas rumah,dan bila sya sendiri sibuk pening balik kerja tgok rumah bersepah...
ReplyDeleteSalam, saya usahawan muda, berminat untuk buat perkhidmatan ini, biasa harga untuk pembersihan mengikut saiz rumah atau bagaimana ya?
ReplyDeletegood sharing! sy pun dah terjebak dengan bisnes ni.. mmg mudah kerana pelanggan mencari kita tanpa perlu promotion yg tinggi..
ReplyDeletecuma kena kekalkn perkihmatan yg baik
saya nazem, pengilang bahan-bahan pencuci juga pembekal mesin2 perbersihan seperti srubbing machine, vacuum, carpet extractor, water jet, dll..
ReplyDeletejika tuan/puan berminat boleh wasap atau tel saya di talian 0123325194
lokasi kilang saya di puchong selangor dan penampang, sabah
ada page tak tuan ? seperti website, ig fb...etc
Deleteberapa rate upah setiap servis, boleh bagi pandangan, tq
ReplyDeletesaya baru nk survey macam mana nak mulakan bisnes ini secara kecil2an dahulu
ReplyDeleteblh bagi pandangannya
Sy nak buat bisnes ni tapi thu macam mana nak start .. ade spe2 boleh ajar .. email sy amiraselina94@gmail.com
ReplyDeleteboleh email kami ecoshine_02@yahoo.com
DeleteAssalamualaikum tuan blogger dan semua,
ReplyDeleteSaya berminat untuk menjalankan perniagaan cleaning services. Boleh tuan jadi mentor saya? Atau ada sahabat2 yang boleh ajar saya tentang bagaimana nak mulakan perniagaan ni? pls email saya di nurliesajdr@yahoo.com. Terima kasih
bole saya tau tuan / puan dari mana?kami syarikat pembersian eoshine berpengkalan di sungai petani bersedia membantu memberi kidmat nasihat tentang perniagaan pembersihan rumah.telah mencuci lebih dari 500 unit rumah dalam masa kurang 2 tahun.
Deleteapa no contact .. saya dari sungai petani juga.
Deleteterima kasih atas perkongsian ^-^
ReplyDeleteSalam.. Nak tanya saya baru nak ingat nak buat perniagaan cleaning services, ada siapa2 boleh bg tunjuk ajar. Terima kasih tuan punya blogger
ReplyDelete