Wednesday, February 23, 2011

Pertemuan yang tak diduga....

Bersama Internet Marketer yang HEBAT (En. Mazelan Abas).
Hari ni (23 Februari 2011) saya ingin berkongsi tajuk pertemuaan yang tak diduga. Pertemuan yang tak diduga ini berlaku tengahari tadi dengan En. Mazelan Abas yang saya fikir antara Internet Marketer yang popular di Malaysia. Kalau tuan-tuan taip nama mazelan abas kat google search mesti akan dapat info tentang dia. Pertembungan ini adalah secara tidak sengaja di HQ Tone Excel, Sri Petaling. Beliau adalah  salah seorang internet Marketer sepenuh masa yang popular dengan program bisnes GDI dan sekarang ini telah join bisnes TuneTalk sebagai salah satu cabang mendapatkan pendapatan pasif. Saya rasa sangat bertuah dapat bersembang dengan beliau yang saya lihat tidak kedekut ilmu. Dari segi penampilan beliau nampak sempoi tetapi mempunyai ilmu yang amat tinggi dalam dunia internet.

Berikut adalah perkongsian pandangan oleh En. Mazelan kepada saya (hampir 1jam bermula 12.50 hingga 1.50 petang):
a) Jika NAK join sesuatu program bisnes maka perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut :
  1. Produk tersebut mestilah mempunyai pasaran yang luas. Contohnya, anda membuat bisnes yang berkaitan dengan telefon bimbit. Statistik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mendapati pengguna telefon bimbit di Malaysia pada tahun 2009 adalah sebanyak 30.379 million. Wow..banyakkan.
  2. Produk tersebut adalah produk keperluan. Jika syarikat A adalah syarikat pertama dan satu-satunya yang membuat program bisnes yang berkaitan keperluan harian dan lain-lain dari yang lain maka itu lah yang anda pilih.
  3. Produk tersebut mestilah tidak membebankan anda. Contohnya jika kos talian prepaid anda setiap bulan adalah sebanyak RM 100 tetapi program tersebut memerlukan anda maintain RM150 bagi melayakkan anda terima komisen bulanan. Perkara ini secara tidak langsung telah membebankan anda mahupun network anda.
b) Jika anda DAH join program bisnes tersebut maka perlu dipertimbangkan perkara-perkara berikut :
  1. Jangan paksa orang lain join program anda jika anda tahu tahap kewangan mereka. Ini kerana demi mengaut keuntungan semata-mata, anda secara tidak langsung telah menganiaya orang tersebut. Melainkan mereka benar-benar berminat nak cari duit lebih.
  2. Elakkan menerima prospek yang join semata-mata terpengaruh dengan duit tetapi tidak dengan minat. Ini kerana daripada pengalaman beliau didapati orang tersebut pasti tidak akan berjaya dan di kemudian hari akan menyalahkan anda.
  3. Anda perlu memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan anda. Contohnya, membuat hebahan berita dari masa ke semasa berkenaan perkara-perkara terbaru tentang produk.
  4. Pastikan anda membantu network anda dengan memberikan info bagaimana cara nak berjaya. Contohnya, teknik pemasaran, bahan-bahan rujukan dan sebagainya.
Sambil-sambil kami bersembang saya turut ditanya kenapa saya berminat membuat bisnes. Jawapan saya ialah kerja makan gaji adalah tidak mencukupi.....Nak tahu apa maklum balas beliau??? 

En. Mazelan hanya tersenyum dan memulakan bicara tentang soal kewangan. Katanya, walaupun gaji kita besar ataupun kecil kita tetap rasa tidak mencukupi. Ini kerana berpunca dari diri kita sendiri. Jika kita tidak pandai menguruskan wang maka selama-lamanya kita dengan tanggapan tersebut. En. Mazilan sempat bercerita tentang salah seorang pelajar beliau yang sudah bergelar jutawan yang merupakan bapa kepada 3 orang anak. Pelajar dia bertanya, antara 3 anaknya siapakah yang layak untuk menguruskan wang / hartanya kelak? En. Mazelan hanya mampu bersenyum kerana soalan tersebut sepatutnya dia yang bertanya kepada pelajarnya.Nak tahu apa jawapan En. Mazelan??? Jawapannya ialah diserahkan kepada anaknya yang pandai menguruskan duit walaupun anak tersebut berpendapatan rendah. Ini kerana jika diserahkan kepada  anak yang tidak pandai menguruskan wang maka wang tersebut dengan cepat akan habis. Alhamdulillah saya  telah ke arah bijak menguruskan wang. Jadi tak de lah terasa apa-apa sangat. Sekian sahaja perkongsian saya ini. Diharapkan rakan-rakan sekalian dapat sedikit sebanyak pelajaran dengan perkongsian ini.

Jika anda ingin membuat side income dengan TuneTalk, anda boleh layari dan mendaftar secara percuma di sini.

Video program bisnes TuneTalk, seperti di bawah :

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...