Kipas Siling Jenama Rex |
Kali ini saya nak bercerita pasal kipas siling jenama rex yang dipasang pada tahun 2008. Kipas ni mempunyai 5 bilah, buatan China dan harganya juga murah, RM160 sahaja. Saya beli 3 unit dan ketiga-tiga kipas tersebut dah tak boleh berfungsi dah. Masa beli dulu ingatkan bagus tapi rupanya tidak. Saya terfikir nak upah orang baiki kipas ni tapi tiba2 terfikir mengapa tidak saya cuba troubleshoot dahulu sebab kebetulan saya ada 3 unit kipas so senang lah saya try & error. Bila saya check didapati kerosakan adalah pada aksesori fan receiver yang terdapat pada kipas.
Saya cari aksesori kat jalan pasar habuk tak jumpa. Saya cari semula dokumen masa beli dan akhirnya jumpa gak warranty card tapi sayang dah expired.... Di warranty card ada alamat kilang dan saya ke sana. Alhamdulillah jumpa kilang dan dapat beli aksesori tersebut dengan harga RM45/unit. Yang tak bestnya kat sini barang aksesori dapat beli tapi kena saman polis pulak sebab lesen memandu dah expired. Hehehe...
Saya cari aksesori kat jalan pasar habuk tak jumpa. Saya cari semula dokumen masa beli dan akhirnya jumpa gak warranty card tapi sayang dah expired.... Di warranty card ada alamat kilang dan saya ke sana. Alhamdulillah jumpa kilang dan dapat beli aksesori tersebut dengan harga RM45/unit. Yang tak bestnya kat sini barang aksesori dapat beli tapi kena saman polis pulak sebab lesen memandu dah expired. Hehehe...
Cadangan saya jika membeli kipas siling:
- Nak beli barang elektrik biar mahal pun tak mengapa asal kan berkualiti dan tahan lama.
- Kalau dah terbeli yang murah macam saya so kena pandai-pandai lah troubleshoot masalah kipas :-).
- Jika malas nak troubleshoot, cuba hubungi kilang terlebih dahulu dan nyatakan masalah kipas anda. Andai kata mereka boleh datang check dan troubleshoot maka anda dah jimat masa dan tenaga anda.
- Untuk kes kipas yang menggunakan alat kawalan jauh, adalah tidak digalakkan mengupah technician sebab mereka tetap akan refer kepada kilang untuk mendapatkan spare-part ganti.Mungkin kos anda akan sedikit meningkat.
- Pastikan warranty card disimpan dengan rapi walaupun dah expired. Ini bertujuan membuat semakan apabila berlaku kerosakan.
Fan Receiver |
Uitsss.... kipas kat rumah aku pun rosak jugak. Boleh tolong repair kan ker....hehehehe
ReplyDeletesobri, klu kipas ko jenis yg remote control rasanya problem pada fan receiver. Aku cadangkan ko telefon kilang yg supply kipas ko then tanya boleh tak dia datang repair.Ni je yg dpt aku tolong...
ReplyDeleteemm... sya pun ada 1. dh pkai 4thn +. cuma remote pch2. kalu buka slow, tak de angin. laju, jadi ribut kecil juga la.
ReplyDeletesaudara asym,sy rasa mungkin motor kipas saudara asym dah bermasalah. Better check ngan kilang...
ReplyDeleteitu persepsi saya. ahli keluarga yg guna 24 jam nmpak keadaan itu normal pula...
ReplyDeletenanti jika tak berjalan, saya semak semula...tk atas cadangan...