Bulan Julai adalah bulan yang agak sibuk juga. Tiap-tiap minggu ada je aktiviti nak dibuat sampai tak sempat nak kemaskini blog. Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang info kertas kerja rancangan bisnes. Saya telah terjumpa satu laman web berkenaan contoh kertas kerja perniagaan yang boleh dimuat turun secara percuma. Terdapat 20 jenis kertas kerja rancangan perniagaan di laman web tersebut. Antaranya ialah:
Friday, July 22, 2011
Wednesday, June 15, 2011
Jenayah Cyber - Hackers makin bertindak liar
Berita hari ini heboh pasal serangan hackers yang menggelar diri mereka anonymous ke atas laman web yang ada kaitan dengan kerajaaan (.gov.my). Daripada sumber yang saya perolehi, mereka menggunakan software SQL Injection yang dinamakan havij. Software ini digunakan oleh developer website / system untuk mengenalpasti bug yang terdapat pada sistem. Walau bagaimanapun ianya telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakan-rakan sekalian boleh membaca artikel daripada utusan malaysia yang saya copy dan paste seperti di bawah.
Monday, June 13, 2011
Baiki kipas jenama REX
![]() |
Kipas Siling Jenama Rex |
Kali ini saya nak bercerita pasal kipas siling jenama rex yang dipasang pada tahun 2008. Kipas ni mempunyai 5 bilah, buatan China dan harganya juga murah, RM160 sahaja. Saya beli 3 unit dan ketiga-tiga kipas tersebut dah tak boleh berfungsi dah. Masa beli dulu ingatkan bagus tapi rupanya tidak. Saya terfikir nak upah orang baiki kipas ni tapi tiba2 terfikir mengapa tidak saya cuba troubleshoot dahulu sebab kebetulan saya ada 3 unit kipas so senang lah saya try & error. Bila saya check didapati kerosakan adalah pada aksesori fan receiver yang terdapat pada kipas.
Wednesday, June 1, 2011
TV Al Hijrah kini di saluran Astro 114
Rasa-rasanya ramai yang tidak sabar nak tonton TV Al Hijrah di saluran Astro termasuk juga saya. Hehehe...Maklumlah nak guna aerial biasa susah sangat nak dapat siaran tv. Bermula hari ini (1 Jun 2011) TV Al Hijrah kini boleh ditonton di saluran Astro 114. Kepada rakan-rakan yang menggunakan aerial biasa, di bawah ini disertakan liputan frekuensi TV Al hijrah yang perlu anda setting pada tv anda.
Liputan | Saluran UHF | Frekuensi (MHz) |
Lembah Klang | CH 55 | 743.25 |
Terengganu | CH 41 | 631.25 |
Kuantan, Pahang | CH 22 | 479.25 |
Mersing, Johor | CH 40 | 623.25 |
Kuching, Sarawak | CH 37 | 599.25 |
Kota Kinabalu, Sabah | CH 37 | 599.25 |
Di Sebalik Keperluan Air
Air merupakan sumber utama keperluan cecair seharian kita. Air mineral atau minuman, susu, teh herba, sup cair,jus buah-buahan atau sayur-sayuran ialah pilihan kita untuk mendapatkan cecair yang diperlukan oleh badan. Minuman ringan juga menyumbang kepada cecair untuk badan kita, tetapi harus diingatkan minuman ringan yang mengandungi tinggi gula ini juga boleh menyumbang kepada tambahan kalori dan menyebabkan berat badan kita juga naik.
Tuesday, May 24, 2011
Piring Astro Mengadap Kiblat?
Saya ada menerima email mengatakan piring Astro mengadap kiblat. Bila baca email tersebut banyak kebenarannya. Dibawah ini saya paste kandungan email yang saya terima untuk tatapan rakan-rakan sekalian.
Monday, May 23, 2011
Renovate rumah? Kena gaya.. banyak boleh jimat!
Hari ini saya nak kongsikan bersama-sama rakan-rakan tentang pengalaman saya mengurangkan perbelanjaan semasa membuat kerja-kerja renovate rumah. Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan. Sebagai pengenalan, saya telah membeli rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 22 X 75 di Sg. buloh pada tahun 2007. Rumah ini saya beli dengan harga RM175K dan Alhamdulillah pada tahun ini harga pasaran rumah ini adalah mencecah RM265K(maklumat ini diambil daripada pihak bank).
Untuk makluman, rumah ini telah berusia 15 tahun tetapi sijil menduduki (CF) hanya baru diperolehi pada tahun 2005. Pelikkan...Memandangkan CF diperolehi pada tahun 2005 jadi status leasehold rumah saya pada ketika itu adalah 97 tahun.
Monday, May 9, 2011
Apa itu 5S?

Apa yang dimaksudkan dengan 5S?
Sunday, May 1, 2011
Pengalaman mendapatkan khidmat servis air cond rumah
Sambil-sambil saya melayari internet tiba-tiba rasa nak berkongsi dengan rakan-rakan pasal servis aircond yang dibuat di kediaman saya pada bulan Mac yang lepas. Harga yang ditawarkan tukang tersebut agak murah serendah RM150 di mana kerja-kerja yang dilakukan adalah termasuk membuka, mencuci, memasang (compressor dan aircond ) serta mengisi gas. Harga pasaran dalam RM200 dan ke atas. Alhamdulillah sejuk balik bilik tidur utama saya. Namun kesejukan itu hanya seketika (selama seminggu) dimana aircond tersebut menjadi panas semula. Saya telah memaklumkan kepada tukang tersebut dan setelah dibuat penelitian didapati kuantiti aircond yang diisi adalah tidak mencukupi. Gas ditambah lagi dan bilik saya menjadi sejuk kembali.
Tuesday, March 22, 2011
Pertandingan Memancing Sejuta Belia 2011
Ada orang meninggalkan jejak ShoutMix di laman web saya berkenaan pertandingan memancing. Jadi saya pasti ramai sangat orang yang suka memancing. Lebih-lebih lagi dapat hadiah wang tunai. Betul Tak??? Kat ofis saya ramai juga mamat kaki pancing. Kata mereka, tak menang pun tak de hal yang penting dapat kepuasan memancing. Jika anda suka memancing, sila beri tumpuan kepada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 29 Mei 2011
Masa : 9 pagi - 1 petang
Tempat : Tasik Putrajaya
Untuk keterangan lanjut, boleh klik gambar atau di sini. Harap maklum.
Wednesday, February 23, 2011
Pertemuan yang tak diduga....
![]() |
Bersama Internet Marketer yang HEBAT (En. Mazelan Abas). |
Hari ni (23 Februari 2011) saya ingin berkongsi tajuk pertemuaan yang tak diduga. Pertemuan yang tak diduga ini berlaku tengahari tadi dengan En. Mazelan Abas yang saya fikir antara Internet Marketer yang popular di Malaysia. Kalau tuan-tuan taip nama mazelan abas kat google search mesti akan dapat info tentang dia. Pertembungan ini adalah secara tidak sengaja di HQ Tone Excel, Sri Petaling. Beliau adalah salah seorang internet Marketer sepenuh masa yang popular dengan program bisnes GDI dan sekarang ini telah join bisnes TuneTalk sebagai salah satu cabang mendapatkan pendapatan pasif. Saya rasa sangat bertuah dapat bersembang dengan beliau yang saya lihat tidak kedekut ilmu. Dari segi penampilan beliau nampak sempoi tetapi mempunyai ilmu yang amat tinggi dalam dunia internet.
Monday, February 21, 2011
Kursus Asas Baiki Telefon Bimbit
Jika anda berminat membuat bisnes baiki telefon bimbit, sila beri tumpuan dengan maklumat di bawah:
Anda ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai sistem, teknik dan cara membaiki telefon bimbit dengan lebih ringkas, padat, cepat dan tepat???
Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Membaiki Telefon Bimbit?
Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:
Individu yang berminat!
Graduan-graduan yang menganggur
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
Belia menganggur
Pemilik-pemilik kedai telefon bimbit!
Individu yang berumur 16 tahun ke atas
Anda ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai sistem, teknik dan cara membaiki telefon bimbit dengan lebih ringkas, padat, cepat dan tepat???
Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Membaiki Telefon Bimbit?
Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:
Individu yang berminat!
Graduan-graduan yang menganggur
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
Belia menganggur
Pemilik-pemilik kedai telefon bimbit!
Individu yang berumur 16 tahun ke atas
Labels:
bisnes hp,
Duit,
kursus baiki hp,
mohd amin azmi,
side income
Tuesday, February 15, 2011
Kursus Membina Laman Web Profesional - Joomla
Jika anda ada terfikir ingin memiliki laman web sendiri, saya cadangkan rakan-rakan menghadiri Kursus Membina laman web ini. Harga boleh dikatakan amat murah iaitu hanya RM597 sahaja untuk tempoh 2 hari.
Seminar Hartanah - Kerjaya Perunding Hartanah
Jika anda berminat mengikuti Seminar Hartanah, sila beri perhatian dengan tarikh, masa dan tempat seperti berikut :
Tuesday, February 8, 2011
Bisnes TuneTalk-ToneExcel? Apa tu....
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan peluang bisnes terbaru yang saya join. Saya berani berkongsi dengan anda sebab saya percaya bisnes ini mempunyai peluang yang amat cerah di masa depan (long term) dan anda semua mampu milikinya. Harga serendah RM70 je dan anda berpotensi mendapat income sehingga 5 angka. Bisnes ini boleh dijalankan secara Online mahupun Offline. Saya percaya bisnes ini hebat sebab anda berupaya mendapat income pasif setiap kali ada pembelian dibuat.
Bisnes yang dimaksudkan ialah TuneTalk yang merupakan salah satu cabang terbaru dalam Tune Group Company di bawah syarikat penerbangan Air Asia, Tune Hotels, Tune Money, Tune Sport dan Tune Tones. Bisnes ini masih baru di Malaysia (berusia setahun lebih) dan bakal menjadi salah sebuah syarikat telco gergasi seperti TM, maxis, celcom, Digi dan lain-lain lagi.
Labels:
Air Asia,
bisnes,
Duit,
Prepaid,
side income,
Tune Hotel,
Tune Hotels,
Tune Sport,
Tune Talk,
Tune Tones
Tuesday, January 25, 2011
Pelik tapi benar!
![]() |
Lokasi : Beringin, Melaka |
Friday, January 7, 2011
Hati-hati membeli barang secara online
Hari ini saya terbaca dalam satu forum mengatakan ada penipuan berlaku semasa jual beli di www.mudah.my. Perkara ini telah berlaku pada tahun 2008 di mana peniaga tersebut menjual camera, handphone, pda dan laptop dengan harga yang sangat murah. Melihat harga tersebut murah pembeli telah diminta untuk membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM80 dan menyatakan barang akan sampai dalam tempoh 2 – 3 hari. Selepas 5 – 10 hari barang tetap tidak sampai dan pembeli rasa telah ditipu. Walaupun perkara ini telah berlaku 2 tahun yang lepas saya ingin berkongsi sedikit pandangan sebab saya juga adalah peniaga online. Kehadiran manusia penipu begini akan menjatuhkan reputasi peniaga-peniaga online lain.
Labels:
mohd amin azmi,
mudah.my,
online,
semuaonline.net,
Tips;
Thursday, January 6, 2011
Kursus Asas Fotografi
Sedang saya berforum terjumpa pula iklan Kursus Asas Fotografi. Pendapat saya, kursus ini sesuai untuk rakan-rakan yang ingin membuat side income sebab pasarannya agak luas. Saya rasa harga kursus yang ditawarkan juga agak murah (RM200/2hari). Ada seorang rakan saya buat bisnes ini secara sambilan dan memberitahu keuntungan bisnes ini agak lumayan. Katanya, apa-apa pun kemahiran dan ilmu sangat penting supaya pelanggan yakin dengan keupayaan kita. Rakan-rakan yang berminat untuk hadiri kursus ini, sila layari laman web tersebut <disini>. Oh ye, saya tiada kena mengena dengan pemilik blog tersebut tetapi sekadar berkongsi maklumat bisnes yang saya jumpa (blog ini adalah medium untuk berkongsi maklumat peluang perniagaan).
Labels:
bisnes,
Fotografi,
Kursus,
mohd amin azmi,
side income
Monday, January 3, 2011
Tips Bisnes Mencuci Rumah Secara Profesional
Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkenaan bisnes khidmat mencuci rumah secara professional yang dijalankan secara sambilan. Alhamdulillah pasaran perniagaan ini amat tinggi dan sehingga kini walaupun saya sudah tidak menawarkan khidmat ini masih terdapat ramai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat saya. Untuk makluman, saya tidak lagi membuat bisnes ini bukan kerana tidak menguntungkan tetapi disebabkan faktor lokasi tempat isteri bekerja memerlukan saya meluangkan masa hujung minggu bersama anak dan isteri.
Bisnes ini telah saya jalankan pada tahun 2009 di mana pada permulaannya saya mengupah pekerja asing yang mempunyai kemahiran menggunakan machine dan chemical cleaning. Lama-kelamaan saya membuat sendiri dan dibantu oleh adik dan abang ipar saya. Bisnes ini boleh dikatakan sangat mudah kerana lebih bersifat pelanggan mencari anda. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti maka pelanggan akan mewar-warkan khidmat anda pada rakan-rakan mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)