Tuesday, February 28, 2012

Faks Online Vs Faks Fizikal

Hmm.. dah lama juga saya tak update blog ini. Terus terang saya katakan yang saya agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan kerja sambilan. Saya tak nak bercerita panjang jadi kita terus kepada topik yang hendak saya kongsikan bersama rakan-rakan sekalian. Rakan-rakan mesti pernah dengar tentang faks online tapi mungkin tak tahu macam mana ianya berfungsi. Faks online adalah faks berbentuk maya dan tidak memerlukan mesin faks sebenar untuk menghantar / menerima faks. Kos untuk melanggan juga amat murah dan anda hanya perlu mempunyai talian internet sahaja untuk menghantar / menerima faks pada bila-bila masa dan tempat sekali pun. Faks Online banyak digunakan di Eropah dan kini di Malaysia sudah wujud syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...