Wednesday, June 15, 2011

Jenayah Cyber - Hackers makin bertindak liar

Berita hari ini heboh pasal serangan hackers yang menggelar diri mereka anonymous ke atas laman web yang ada kaitan dengan kerajaaan (.gov.my). Daripada sumber yang saya perolehi, mereka menggunakan software  SQL Injection yang dinamakan havij. Software ini digunakan oleh developer website / system untuk mengenalpasti bug yang terdapat pada sistem. Walau bagaimanapun ianya telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakan-rakan sekalian boleh membaca artikel daripada utusan malaysia yang saya copy dan paste seperti di bawah.

Monday, June 13, 2011

Baiki kipas jenama REX

Kipas Siling Jenama Rex
Kali ini saya nak bercerita pasal kipas siling jenama rex yang dipasang pada tahun 2008. Kipas ni mempunyai 5 bilah, buatan China dan harganya juga murah, RM160 sahaja. Saya beli 3 unit dan ketiga-tiga kipas tersebut dah tak boleh berfungsi dah. Masa beli dulu ingatkan bagus tapi rupanya tidak. Saya terfikir nak upah orang baiki kipas ni tapi tiba2 terfikir mengapa tidak saya cuba troubleshoot dahulu sebab kebetulan saya ada 3 unit kipas so senang lah saya try & error. Bila saya check didapati kerosakan adalah pada aksesori fan receiver yang terdapat pada kipas.

Wednesday, June 1, 2011

TV Al Hijrah kini di saluran Astro 114

Rasa-rasanya ramai yang tidak sabar nak tonton  TV Al Hijrah di saluran Astro termasuk juga saya. Hehehe...Maklumlah nak guna aerial biasa susah sangat nak dapat siaran tv. Bermula hari ini (1 Jun 2011) TV Al Hijrah kini boleh ditonton di saluran Astro 114. Kepada rakan-rakan yang menggunakan aerial biasa, di bawah ini disertakan liputan frekuensi TV Al hijrah yang perlu anda setting pada tv anda.

Liputan
Saluran UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang
CH 55
743.25
Terengganu
CH 41
631.25
Kuantan, Pahang
CH 22
479.25
Mersing, Johor
CH 40
623.25
Kuching, Sarawak
CH 37
599.25
Kota Kinabalu, Sabah
CH 37
599.25
Selamat Menonton. Untuk ke laman web TV Al Hijrah boleh klik di sini

Di Sebalik Keperluan Air

Air merupakan sumber utama keperluan cecair  seharian kita. Air mineral atau minuman, susu, teh herba, sup cair,jus buah-buahan atau sayur-sayuran ialah pilihan kita untuk mendapatkan cecair yang diperlukan oleh badan. Minuman ringan juga menyumbang kepada cecair untuk badan kita, tetapi harus diingatkan minuman ringan yang mengandungi tinggi gula ini juga boleh menyumbang kepada tambahan kalori dan menyebabkan berat badan kita juga naik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...