Monday, December 20, 2010

Bijak berbelanja!!!


Contoh Jadual Belanjawan Tahun 2011 (sila klik gambar)  
Pernahkah anda terfikir untuk membuat budget tahunan anda? Saya rasa ramai yang tidak buat kerana kurang pendedahan tentang perkara ini. Budget boleh dianggap sebagai satu garis panduan untuk kita merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi daripada sasaran / batasan yang telah kita tetapkan.
 
     Budget tahunan perlu dibuat oleh semua orang bagi tujuan berikut :
  1. Memastikan perbelanjaan dapat diuruskan dengan lebih cekap dan berhemah (bijak berbelanja)

Monday, December 13, 2010

Beli TANAH? Elakkan ditipu.....


Tiba-tiba saja saya ingin berkongsi pasal pengalaman membeli tanah.  Hari ini (13 Disember 2010) selesailah sudah semua proses jual beli tanah. Alhamdulillah banyak juga liku-liku yang dihadapi tetapi berakhir dengan jayanya.

Untuk makluman anda, tanah yang saya beli terletak di Melaka dan lokasinya agak strategik (facing jalan besar, 100m dari sekolah dan bersebelahan dengan gelanggang futsal). Dipendekkan cerita tanah ni memang bagus cuma terdapat pokok-pokok besar serta keadaan tanah yang tidak rata.

Wednesday, December 8, 2010

Mana lebih untung? BISNES MENJUAL PRODUK atau BISNES MEMBERIKAN PERKHIDMATAN?


Setiap peniaga yang ingin memulakan perniagaan pasti akan menitikberatkan soal keuntungan yang akan diperolehi. Tiada peniaga yang berniaga suka-suka hendak mendapat rugi. 

Merujuk pada tajuk ini, saya beranggapan berniaga dengan memberikan khidmat (konsultansi, penyelenggaraan dan lain-lain) adalah suatu yang lebih menguntungkan berbanding bisnes menjual produk.

Wednesday, December 1, 2010

Perniagaan Online

  Anda ingin BERNIAGA ONLINE? Apa yang seronoknya berniaga online? Adakah perniagaan online ini sesuatu yang menguntungkan atau sebaliknya? Persoalan ini akan sentiasa timbul di dalam benak fikiran anda yang bercadang memulakan perniagaan online. Betul tak? Pada pendapat dan pengalaman saya, jawapan bagi persoalan ini ialah YA tetapi anda perlu ada strateginya terlebih dahulu.  Berikut adalah strateginya :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...