Tuesday, February 28, 2012

Faks Online Vs Faks Fizikal

Hmm.. dah lama juga saya tak update blog ini. Terus terang saya katakan yang saya agak sibuk dengan kerja-kerja pejabat dan kerja sambilan. Saya tak nak bercerita panjang jadi kita terus kepada topik yang hendak saya kongsikan bersama rakan-rakan sekalian. Rakan-rakan mesti pernah dengar tentang faks online tapi mungkin tak tahu macam mana ianya berfungsi. Faks online adalah faks berbentuk maya dan tidak memerlukan mesin faks sebenar untuk menghantar / menerima faks. Kos untuk melanggan juga amat murah dan anda hanya perlu mempunyai talian internet sahaja untuk menghantar / menerima faks pada bila-bila masa dan tempat sekali pun. Faks Online banyak digunakan di Eropah dan kini di Malaysia sudah wujud syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini.


Untuk menghantar Faks, anda hanya perlu convert fail berbentuk word kepada pdf atau scan fail dan terus upload ke dalam sistem. Faks  tersebut boleh dihantar secara serta merta mahupun berjadual mengikut kehendak anda. Manakala untuk menerima Faks, anda tak perlu berbuat apa-apa dimana anda hanya perlu membuat carian mengikut tarikh bagi melihat senarai faks yang masuk.Mudahkan!


Berikut adalah perbandingan antara Faks Online dan Faks Fizikal:
No.
Faks Online
Faks Fizikal (Traditional)
1.
Tidak perlu membeli mesin faks
Perlu beli mesin faks
2.
Tidak memerlukan kos penyelenggaraan
Perlu kos penyelenggaraan
3.
Tidak memerlukan kos membeli kertas dan toner
Perlu membeli kertas dan toner
4.
Tidak memerlukan talian telefon tambahan
Perlu pasang talian telefon khas
5.
Boleh terima atau hantar faks pada bila-bila masa dan tempat sekalipun
Hanya boleh dihantar melalui mesin faks sahaja
6.
Ada no. Faks sendiri
Sama

Berdasarkan perbandingan di atas, saya merasakan bahawa Faks Online adalah lebih efisien digunakan berbanding Faks Fizikal. Ianya amat sesuai kepada usahawan-usahawan yang mempunyai pelanggan daripada sektor awam mahupun swasta. Anda bukan hanya dapat menjimatkan kos tetapi juga menjimatkan masa anda untuk ke pejabat melihat faks masuk. Jadi terpulang kepada rakan-rakan untuk membuat penilaian.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan faks online, anda boleh layari laman web ini. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...