Thursday, April 24, 2014

Beli rumah untuk disewakan atau dijadikan Homestay!

Tidak dinafikan bahawa harga rumah ketika ini melambung begitu tinggi sekali. Lebih-lebih lagi untuk perumahan yang baru. Ada di antara kita memilih untuk membeli rumah kos rendah, kos sederhana dan kos tinggi. Hari ini saya ingin memberikan sedikit pendapat kepada rakan-rakan yang membeli rumah untuk tujuan aset. Pendapat ini adalah melalui pembacaan dan pengalaman dalam mengusahakan homestay. Rakan-rakan rasa lah beli rumah untuk disewakan lebih untung atau sebaliknya?

Pada pendapat saya kedua-duanya sama-sama menguntungkan berdasarkan faktor-faktor berikut :

Kelebihan membeli rumah dan disewakan

1) Anda mempunyai pendapatan yang tetap setiap bulan. Jika anda sewa pada kadar yang lebih tinggi dari bayaran ansuran rumah bermakna anda telah mempunyai pendapatan pasif setiap bulan.
2) Penyewa bertanggungjawab menjaga rumah anda. Jika dapat penyewa yang baik / pembersih, jaminan kerosakan rumah adalah rendah sekali. Begitu juga yang sebaliknya.
3) Jika anda mempunyai kontrak perjanjian sewaan rumah bersama penyewa bermakna kebarangkalian untuk penyewa tidak membayar sewa / lari adalah rendah sebab penyewa telah terikat dengan anda. Anda boleh mengambil tindakan undang-undang jika penyewa melanggar syarat perjanjian. Contohnya, dalam perjanjian mengatakan jika penyewa berhasrat tidak  menyewa lagi rumah anda maka penyewa perlu memberikan notis 1 bulan supaya anda boleh mencari penyewa yang baru. Jika tidak deposit penyewa adalah hangus.
4) Memerlukan modal yang rendah untuk kos pembaikan rumah. Rumah untuk disewakan tidak perlu nampak sangat mewah. Sekadar cantik, selesa, bersih dan tiada gangguan (paip bocor, pendwaian elektrik yang bermasalh dll)

Kelemahan

1) Jika berlakunya penyewa liat / susah untuk membayar / tidak membayar sewa.
2) Kadangkala penyewa meminta anda mengurangkan kadar sewa bulanan di atas faktor kewangan mereka.
3) Kebarangkalian kerosakan rumah amat tinggi jika penyewa adalah jenis yang tidak mementingkan kebersihan
4) Kadar sewa yang tetap setiap bulan menyebabkan anda tidak boleh melipatgandakan keuntungan pada setiap bulan
5) Jika rumah yang anda beli di kawasan kurang kemudahan awam (sekolah, masjid, pasar raya, kemudahan pengangkutan, kedai runcit dll) kemungkinan untuk anda sewa pada kadar yang lebih tinggi adalah amat sukar sekali. Dalam kata lain, tidak balik modal / rugi.

Kelebihan membeli rumah dan dijadikan homestay

1) Kebarangkalian pengunjung homestay tidak bayar sewa amat rendah sekali jika anda mengamalkan konsep bayar DEPOSIT semasa booking dan bayar BAKI semasa check-in.
2) Kebarangkalian kerosakan rumah amat kurang memandangkan tempoh diduduki tetamu amat singkat.
3) Anda boleh melipatgandakan keuntungan anda pada bila-bila masa dengan cara pemasaran yang baik (iklan di internet, ada laman web/blog homestay, banner, bunting, flyer dan lain-lain)
4) Anda boleh menumpangkan saudara-mara dari kampung jika homestay anda tidak diduduki tetamu. Sekurang-kurangnya mereka selesa bila hendak berkunjung ke rumah anda.

Kelemahan

1) Anda perlu mengupah pekerja yang boleh dipercayai untuk urusan homestay (mengemas, membasuh, check-in, check-out dll). Jika anda rajin anda boleh urus sendiri (lebih untung tapi penat dan mengambil masa anda). Pada saya mengupah pekerja lebih baik berbanding diuruskan sendiri.
2) Kebarangkalian homestay anda tiada tetamu adalah tinggi. Lebih-lebih lagi semasa BUKAN musim cuti sekolah.
3) Anda perlu bersaing dengan mana-mana pengusaha homestay agar homestay anda menjadi pilihan tetamu. Contoh persaingan, anda terpaksa memasang semua bilik dengan sistem penghawa dingin agar homestay anda lebih selesa. Jika anda melakukan tindakan ini, maka anda perlu menaikkan kadar sewaan homestay kerana bil elektrik anda akan turut meningkat. Perlu diingatkan bahawa tidak semua tetamu hendak menyewa homestay dengan kadar yang tinggi! Bermakna sistem penghawa dingin adalah sesuatu yang subjektif.
4) Memerlukan modal yang tinggi sedikit untuk membuat sedikit renovasi rumah (jika rumah lama) dan membeli perabot semasa mula-mula menjalankan bisnes homestay. Berdasarkan pengalaman saya, sekurang-kurangnya anda memerlukan kos sebanyak  RM10,000.00 untuk memulakan bisnes ini.


Akhir kata, di sini saya ingin merumuskan bahawa :

Jika anda mempunyai modal yang besar dan ingin mendapatkan keuntungan yang lebih tinggi serta anda mempunyai sedikit kemahiran / teknik pemasaran yang baik maka membeli rumah untuk dijadikan homestay adalah paling sesuai untuk anda. Untung Besar dengan Risiko yang Tinggi!

Manakala jika anda adalah jenis yang selesa dengan pendapatan yang tetap setiap bulan maka membeli rumah untuk disewakan adalah pilihan yang tepat untuk anda. Untung Kecil dengan Risiko yang Kecil!

Terima kasih sudi membaca blog saya.

Contoh dokumen perjanjian sewaan rumah, KLIK SINI

***Jika anda singgah ke Melaka, jemputlah singgah ke Homestay saya yang terletak di Bukit Katil dan Batu Berendam, Melaka KLIK SINI untuk layari laman web homestay saya.


JOM BACA IKLAN SAYA SEKEJAP
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil Telefon Anda Tinggi???
Mahu jimat banyak?
Jom tukar kepada Postpaid RedONE.

KELEBIHAN POSTPAID REDONE :
1) Yuran bulanan hanya RM8 Sebulan
2) Anda akan dapat PERCUMA call selama 53 minit
3) Call PERCUMA ke semua rangkaian RedONE setiap hari
4) Call caj - RM0.15 / minit (hanya di caj setelah call percuma 53 minit habis digunakan)
5) SMS caj - RM0.05 (sesama redONE) dan RM0.10 (Lain-lain rangkaian)
6) Coverage Luas - menggunakan infra Celcom (mana-mana area ada Celcom turut ada RedONE)
7) Pengguna Blaclisted diterima
8) Ada itemise bil  - Anda boleh semak nombor-nombor yang anda call tanpa caj tambahan
9) Pakej data - Murah
10) RedONE adalah Postpaid (Pascabayar) bukan Prepaid (Prabayar) di mana tak perlu nak risau kredit cepat habis setiap Bulan.

Saya dah pakai dan amat mengesyorkan kepada anda sebab memang menjimatkan. Keterangan lanjut, layari blog saya dengan klik < DI SINI >


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

12 comments:

  1. sangat menarik artikel tuan.

    Ingin mencari homestay di Shah Alam? Bolehlah tempah homestay kami dengan kadar yang rendah. Layari blog kami untuk keterangan lebih lanjut di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Betul tu..
    Hubungi saya 0134734487
    Nur Homestay Sg Petani
    Lokasi: Bandar Seri Astana

    ReplyDelete
  3. Nak cari tempat tinggal di kuala trg?
    harga berpatutan
    call wsssap 0139093663

    ReplyDelete
  4. Homestay di bandar puteri klang.
    dekat dgn GM KLANG. sesuai sebagai rumah transit. Boleh call atau whatup 0136328935

    ReplyDelete
  5. Homestay di bandar puteri klang.
    dekat dgn GM KLANG. sesuai sebagai rumah transit. Boleh call atau whatup 0136328935

    ReplyDelete
  6. Homestay saya di Batu Gajah, Perak. Boleh hubungi Mie 0125809956.Tq

    ReplyDelete
  7. Homestay saya di Batu Gajah, Perak. Boleh hubungi Mie 0125809956.Tq

    ReplyDelete
  8. Homestay saya di Batu Gajah, Perak. Boleh hubungi Mie 0125809956.Tq

    ReplyDelete
  9. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  10. Ustaz Homestay Kuantan ( 013-3604802 )... menawarkan penginapan sebuah rumah RM150 semalam....malam kedua RM 100 ( diskaun )...kami menawarkan malam keempat dan seterusnya cuma RM 50 saja....terima kasih kerana anda membaca hebahan ini.

    ReplyDelete
  11. terbaik info ni. income pasif yang terbaik. kerja sekali. pastu tunggu duit masuk :P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...