Wednesday, May 20, 2015

Bil Telefon Tinggi dengan Melanggan Mobile Content Services?


Mobile Content Services
Mungkin anda pernah alami kenaikan bil yang tinggi setiap bulan padahal anda merasakan call / sms yang dibuat amat jarang sekali. Di sini anda mungkin telah dikenakan caj Mobile Content Services di mana mungkin tanpa anda sedari anda telah reply sms tersebut dan beranggapan caj yang dikenakan adalah caj standard (murah). Apa itu Perkhidmatan Kandungan Mudah Alih / Mobile Content Services (MCS)?

Mengikut rujukan di laman web SKMM, MCS adalah merujuk kepada sebarang perkhidmatan berasaskan mesej yang menyediakan kandungan (content) dan boleh diakses pada telefon bimbit mudah alih atau telefon bimbit tetap dimana caj mungkin dikenakan dan melebihi caj standard rangkaian pembekal perkhidmatan yang berkaitan. Mobile Content Services (MCS) ditawarkan melalui tiga medium iaitu :
  1. Pesanan ringkas (SMS),
  2. Perkhidmatan mesej multimedia (MMS) dan
  3. Protokol aplikasi tanpa wayar  (WAP):
Contoh Mobile Content Services (MCS)  adalah seperti berikut :
  1.  Telefon Mudah Alih peribadi
    1. Nada Dering  (Monofonik, polifonik, nada biasa);
    2. grafik (logo, mesej bergambar, hiasan latar berwarna, animasi); dan
    3.  permainan java (strategi, puzzle, aksi, perlumbaan dan lain-lain).
  2. Maklumat Hiburan
    1. Berita sukan, keputusan permainan yang terkini, gosip ;
    2. Tip dan nasihat Feng Shui
  3. Informasi
    1. Berita kewangan dan dunia, sukan, ramalan kaji cuaca, peringatan saham, info solat.
  4. Perkhidmatan Perbankan dan kewangan
    1. Kod Kebenaran Transaksi;
    2. Amaran dan pemberitahuan; dan
    3. E-Dagang.
  5. Komunikasi
    1. Bersembang, mencari rakan; dan
    2. Berkongsi jenaka dan cerita etc.
  6. Lain-lain
    1. Derma; dan
    2. Perkhidmatan berkaitan kerajaan.
    3. Pendidikan untuk pengguna
Untuk menggunakan MCS, pengguna telefon mudah alih perlu membuat permohonan atau pembelian / langganan melalui katakunci / keyword kod pendek (5 digit) kepada penyedia pekhidmatan kandungan mudah alih. Untuk langganan berdasarkan perkhidmatan, katakunci pendaftaran yang digunakan adalah "REGISTER", "REG', "ON" dan "DAFTAR"

Mobile Content Services (MCS) akan mengenakan caj kepada anda melalui potongan daripada kredit prepaid atau bil (jika postpaid). Caj akan dikenakan kepada pelanggan (perkhidmatan berdasarkan langganan) selagi anda tidak menamatkan langganan. Para pelanggan boleh menghentikan atau menamatkan langganan dengan menghantar katakunci "STOP" atau "BATAL" kepada kod pendek (5 digit) yang terlibat.

Jika anda tidak berminat dengan apa-apa perkhidmatan mobile content dan ingin menamatkan langganan, anda boleh menghantar katakunci "STOP ALL" atau "BATAL SEMUA" dan hantar kepada kod pendek (5 digit) penyedia perkhidmatan yang terlibat. Untuk mendapatkan maklumat perkhidmatan anda boleh menggunakan katakunci "BANTUAN" atau "HELP" kepada penyedia kod pendek.

Berikut adalah link yang mengandungi kod pendek (5 digit) berdaftar daripada Maxis, Digi dan Celcom.

Di bawah ini adalah Contoh-contoh mobile content yang mengenakan caj bagi setiap langganan : 






Perniagaan melalui Mobile Content Services (MCS) adalah tidak menyalahi undang-undang tetapi kita sebagai pengguna harus bijak dalam membuat penilaian sama ada kita perlu atau tidak melanggan mobile content.

Pendapat peribadi saya, jika anda ingin menjimatkan bil bulanan setiap bulan maka usah dipeningkan kepala dengan melanggan Mobile Content Services. Sila gunakan kemudahan internet untuk mencari infomasi terkini berbanding melanggan MCS.

***Rujukan maklumat ini adalah diambil daripada laman web SKMM

Jika berminat nak jimat bil telefon setiap bulan, layari blog saya ( Klik Di Sini

Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...