Showing posts with label house cleaning services. Show all posts
Showing posts with label house cleaning services. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Tips Bisnes Mencuci Rumah Secara Profesional

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkenaan bisnes khidmat mencuci rumah secara professional yang dijalankan secara sambilan. Alhamdulillah pasaran perniagaan ini amat tinggi dan sehingga kini walaupun saya sudah tidak menawarkan khidmat ini masih terdapat ramai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat saya. Untuk makluman, saya tidak lagi membuat bisnes ini bukan kerana tidak menguntungkan tetapi disebabkan faktor lokasi tempat isteri bekerja memerlukan saya meluangkan masa hujung minggu bersama anak dan isteri.

Bisnes ini telah saya jalankan pada tahun 2009 di mana pada permulaannya saya mengupah pekerja asing yang mempunyai kemahiran menggunakan machine dan chemical cleaning. Lama-kelamaan saya membuat sendiri dan dibantu oleh adik dan abang ipar saya. Bisnes ini boleh dikatakan sangat mudah kerana lebih bersifat pelanggan mencari anda. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti maka pelanggan akan mewar-warkan khidmat anda pada rakan-rakan mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...