Monday, February 21, 2011

Kursus Asas Baiki Telefon Bimbit

Jika anda berminat membuat bisnes baiki telefon bimbit, sila beri tumpuan dengan maklumat di bawah:

Anda ingin meningkatkan kefahaman dan kemahiran mengenai sistem, teknik dan cara membaiki telefon bimbit dengan lebih ringkas, padat, cepat dan tepat???

Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Membaiki Telefon Bimbit?
Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:
Individu yang berminat!
Graduan-graduan yang menganggur
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
Belia menganggur
Pemilik-pemilik kedai telefon bimbit!
Individu yang berumur 16 tahun ke atas


OBJEKTIF & MATLAMAT KURSUS
  1. Menjana pendapatan sampingan setiap bulan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi
  2. Memberikan kefahaman tentang fungsi dan kegunaan setiap komponen telefon untuk dijadikan panduan ketika membaiki telefon
  3. Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan ini
  4. Melahirkan usahawan pintar dalam waktu yang singkat dengan berkemahiran tinggi dan berdaya saing
  5. Membina perniagaan di rumah atau di mana sahaja!
  6. Peluang memulakan perniagaan sendiri dengan modal dan kos operasi yang rendah

JADUAL KURSUS

Kursus dijalankan dalam masa sehari dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang. Tarikh-tarikh kursus:

Tarikh : 26 & 27 Mac 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa : 0900 - 1730

VENUE KURSUS
Kursus ini akan dijalankan di Centre Kumpulan MAHIR, iaitu di:
No. 51-A (Tingkat 1),
Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

TRAINER

Sedikit latar-belakang tentang trainer Kursus Asas Membaiki Telefon Bimbit:
Trainer merupakan pengerusi Koperasi Peniaga Rangkaian Telekomunikasi Terengganu Berhad (KOPPRAT). Beliau juga adalah pengasas dan juga pemilik Syarikat DLAN GROUP, sebuah perniagaan rangkaian maklumat & telekomunikasi (ICT) yang mengusahakan pelbagai aktiviti yang berkaitan penyambungan, pemasangan dan pengoperasian pelbagai peralatan komunikasi dan berkerjasama rapat dengan syarikat multinasional tempatan Telekom Malaysia (TM). Berpengalaman luas sebagai Pelatih Kursus Membaiki Telefon Bimbit di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia seperti di Kolej Komuniti dan Politeknik.

YURAN KURSUS : RM400

*Kelengkapan dan Alatan praktikal akan disediakan oleh penganjur kepada setiap peserta

ATAU

YURAN KURSUS : RM900

*Kelengkapan dan Alatan praktikal untuk dimiliki terus oleh peserta (Blower&Solder, Power Supply dan Rework Toolsets)

Maklumat lanjut kursus dan tarikh-tarikh untuk kursus seterusnya boleh layari laman web di sini

Jika berminat nak buat pendapatan sampingan layari di sini

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...