Wednesday, June 15, 2011

Jenayah Cyber - Hackers makin bertindak liar

Berita hari ini heboh pasal serangan hackers yang menggelar diri mereka anonymous ke atas laman web yang ada kaitan dengan kerajaaan (.gov.my). Daripada sumber yang saya perolehi, mereka menggunakan software  SQL Injection yang dinamakan havij. Software ini digunakan oleh developer website / system untuk mengenalpasti bug yang terdapat pada sistem. Walau bagaimanapun ianya telah disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakan-rakan sekalian boleh membaca artikel daripada utusan malaysia yang saya copy dan paste seperti di bawah.


Beberapa laman web Malaysia mula digodam


KUALA LUMPUR 15 Jun - Agensi CyberSecurity Malaysia mengesahkan beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan bergelar anonymous yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

Aktiviti itu didapati bermula hari ini walaupun kumpulan tersebut mengancam akan memulakannya pada pukul 3.30 pagi Khamis waktu Malaysia atau 7.30 malam waktu Greenwich Mean Time (GMT).

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri bagaimanapun tidak menyatakan jumlah laman web tempatan yang telah digodam.

"Buat masa ini, kami tidak dapat mengulas lanjut, tetapi percaya proses pembaikan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi menyelesaikan isu itu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure Corporation, Mikko Hypponen melalui akaun Twitternya menyebarkan mengenai rancangan kumpulan penggodam itu.
F-Secure merupakan syarikat keselamatan perisian komputer yang berpangkalan di Helsinki, Finland.

Beberapa jam kemudian, kumpulan anonymous itu melalui satu video di laman Youtube mendakwa tindakan mereka adalah kerana tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia menapis pelbagai laman web dalam dan luar negara.

"Kami bimbang jika kerajaan Malaysia terus menafikan kebebasan manusia, kami terpaksa bertindak pantas tanpa belas kasihan," kata kumpulan itu melalui satu rakaman suara di Youtube.

Anonymous turut menggunakan wajah Guy Fawkes, salah seorang anggota kumpulan Kristian Katolik, The Gunpowder Plot 1605 yang cuba membunuh Raja England, James I bagi menentang pemerintahan Kristian Katolik, sebagai figura mewakili kumpulan itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...