Hari ini saya terbaca dalam satu forum mengatakan ada penipuan berlaku semasa jual beli di www.mudah.my. Perkara ini telah berlaku pada tahun 2008 di mana peniaga tersebut menjual camera, handphone, pda dan laptop dengan harga yang sangat murah. Melihat harga tersebut murah pembeli telah diminta untuk membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM80 dan menyatakan barang akan sampai dalam tempoh 2 – 3 hari. Selepas 5 – 10 hari barang tetap tidak sampai dan pembeli rasa telah ditipu. Walaupun perkara ini telah berlaku 2 tahun yang lepas saya ingin berkongsi sedikit pandangan sebab saya juga adalah peniaga online. Kehadiran manusia penipu begini akan menjatuhkan reputasi peniaga-peniaga online lain.
