Friday, January 7, 2011

Hati-hati membeli barang secara online


Hari ini saya terbaca dalam satu forum mengatakan ada penipuan berlaku semasa jual beli di www.mudah.my.  Perkara ini telah berlaku pada tahun 2008 di mana peniaga tersebut menjual camera, handphone, pda dan laptop dengan harga yang sangat murah. Melihat harga tersebut murah pembeli telah diminta untuk membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM80 dan menyatakan barang akan sampai dalam tempoh 2 – 3 hari. Selepas 5 – 10 hari barang tetap tidak sampai dan pembeli  rasa telah ditipu. Walaupun  perkara ini telah berlaku 2 tahun yang lepas saya ingin berkongsi sedikit pandangan sebab saya juga adalah peniaga online. Kehadiran manusia penipu begini akan menjatuhkan reputasi peniaga-peniaga online lain.

Pada pandangan saya, sebagai pembeli anda perlu pertimbangkan 2 kes berikut sebelum membuat pembelian secara online:

Kes 1 : Penjual yang mengiklankan produk TETAPI tiada laman web

1.       Jual beli melalui praktis ini seelok-eloknya dilakukan secara Cash On Delivery (COD)
2.       Kaji mengapa harga yang ditawarkan sangat murah berbanding harga pasaran (mungkin ini perangkap)
3.       Pastikan anda menyimpan slip bayaran apabila membuat bayaran
4.       Jika penjual menggunakan khidmat pos laju, pastikan anda menyimpan semua maklumat berkaitan semasa urusan jual beli (SMS/Email/Pos Laju tracking no.)

Kes 2 : Penjual yang mengiklankan produk DAN ada laman web / blogspot

1.       Jual beli melalui praktis ini agak lebih selamat samada secara pos mahupun COD
2.       Kaji betul-betul samada penjual memang benar membuat perkhidmatan tersebut melalui feedback pembeli
3.       Pastikan anda mendapat no. tracking untuk tujuan semakan
4.       Jika anda membeli di laman web yang mempunyai shopping cart, pastikan anda membaca terma dan syarat pembelian / pemulangan terlebih dahulu

Jika ada kekurangan di sini, pohon kerjasama rakan-rakan untuk menambah. Sambil-sambil tu,  jika rakan-rakan nak beli pakaian dan macam-macam lagi boleh layari laman web shopping cart saya di sini. Maaf banyak barang di sini sudah habis dijual.  Kalau ada produk yang available dan berkenan di hati klik je add to cart. Terima kasih.

6 comments:

  1. Salam Min@Jimie...

    Bond was here....
    Hehehe....
    Syabas, blog ko interaktif...
    cun..
    Ok, sukses3x.....

    ReplyDelete
  2. Just to share info. Sesapa yg ada merasa diri ditipu semasa @ selepas transaksi jualbeli, tiada tempat mengadu, boleh refer kepada tribunal pengguna. klu xsilap byr rm5 kot dh boleh bukak kes. kita tuntut hak kita sbgi pengguna habis2an. ini website tribunal tue http://ttpm.kpdnkk.gov.my/portal/index.php . Jangan takut, lawan tetap lawan. TV3, ambil berat.

    ReplyDelete
  3. Thanks Bond dengan sharing ini.

    ReplyDelete
  4. hi abg amin faz here...hmm nak feed back sikit pasal tips beli di mudah.
    faz mmg lah menjual n membeli brg di online selalu lah..Di Mudah sy pernah sekali kena tipu dgn sorg pakcik beli grafik memori(sbb adik yg suruh beli)..blik brg tak ley guna dia kata warranty 30 hari .. call dia kat abole tukar .. tp x xde pepe.. its ok.
    So pengajaran nya kalau di mudah bila nak beli brg bagus jumpa baru bayar.. kalu komponen pc ke mcm grafik kad tu .. baik tak payah .. melainkan dia test depan mata kita.. so far if jual beli di www.lelong.com.my rasa saya plg bole percaya.. sbb ada juga security dia... sekian dari saya.. dtg la melihat blog saya bru belajar2 :)
    http://yunatravel.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Faz, terima kasih dgn. sharing ni. Byk benda kita kena hati2 klu tak habis duit kita.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...