Monday, December 13, 2010

Beli TANAH? Elakkan ditipu.....


Tiba-tiba saja saya ingin berkongsi pasal pengalaman membeli tanah.  Hari ini (13 Disember 2010) selesailah sudah semua proses jual beli tanah. Alhamdulillah banyak juga liku-liku yang dihadapi tetapi berakhir dengan jayanya.

Untuk makluman anda, tanah yang saya beli terletak di Melaka dan lokasinya agak strategik (facing jalan besar, 100m dari sekolah dan bersebelahan dengan gelanggang futsal). Dipendekkan cerita tanah ni memang bagus cuma terdapat pokok-pokok besar serta keadaan tanah yang tidak rata.


Pemilik tanah tersebut perempuan dan suaminya bekerja di pejabat daerah di situ. Dia membeli tanah tersebut dengan menggunakan nama sepupunya.  Pada mulanya saya agak kurang berminat tetapi setelah diyakinkan oleh suaminya yang berwatakan baik (faham-faham je lah) saya mula yakin di mana suaminya menyatakan proses tersebut sangat mudah kerana dia bekerja di Pejabat Daerah tersebut.

Selang beberapa hari, perbincangan telah dibuat dan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan 2 perkara utama berikut:
1.1   Tanah yang dijual hendaklah dibersihkan dan diratakan terlebih dahulu oleh penjual setelah pihak pembeli membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah tersebut.
1.2   Perjanjian Jual Beli (S&P) mesti diselesaikan dalam tempoh 2 bulan bermula tarikh S&P.

Setelah itu, pihak penjual telah membuat S&P dan meminta kami menandatangani S&P tersebut. Walau bagaimanapun, kami telah meminta mereka memasukkan terma 1.1 seperti di atas untuk keselamatan kami.

Setelah 3 minggu berlalu kami dapati keadaan tanah masih seperti asal dan tiada kerja-kerja pembersihan dibuat walaupun kami dah bayar deposit 10%. Kami bertanya dengan pihak penjual dan mereka menyatakan masalah adalah daripada pihak kontraktor. Untuk makluman anda, masa mula-mula saya nak beli dia kata kos bersih dan rata adalah lebih kurang RM6,000.00 dan boleh disiapkan dalam tempoh seminggu (dia dah dapatkan sebutharga tersebut). Kini walaupun mereka  tidak berbuat apa-apa ke atas tanah tersebut, sekali lagi pihak penjual meminta kami membayar dalam amaun tertentu. Sebagai jaminan tanah tersebut akan dibuat pindah milik dan mereka akan membersih dan meratakan mengikut perjanjian.

Jadi kami setujulah dan telah pergi ke pejabat tanah untuk proses tersebut. Untuk makluman, sebelum tanah tersebut boleh ditukarkan nama pemilik ianya perlu melalui proses penilaian oleh pihak LHDN. Dalam tempoh penilaian oleh LHDN, pihak penjual sekali lagi membuat hal dimana kerja-kerja pembersihan masih tidak dilaksanakan lagi. Setelah ditanya, ini jawapan mereka.kami tidak ambil kontrak pembersihan, kami cuma tolong bersihkan. Sila buat bayaran baki  atau pihak kami akan batalkan perjanjian jual beli. Saya telah menghubungi dan sms mereka tetapi tidak mendapat responds. Kami meneliti balik perjanjian S&P dan meminta khidmat  nasihat seseorang yang bekerja dengan LHDN. Kami dimaklumkan bahawa S&P tersebut banyak kekurangannya. Jika pihak saya mahu teruskan atau batalkan pembelian banyak implikasi boleh berlaku. Setelah dibuat perbincangan dengan isteri saya, kami bersetuju untuk meneruskan dan menggunakan cara diplomasi untuk memaksa pihak penjual membuat pembersihan.

Alhamdulillah pembersihan dibuat juga akhirnya tetapi kepuasan di pihak kami adalah tidak memuaskan (kerja-kerja adalah sekadar melepaskan batuk di tangga). Kami telah membuat cek di hari terakhir tempoh S&P supaya pihak penjual tidak memanipulasikan keadaan. Kami telah membuat bayaran dan berserah pada Allah seandainya pihak penjual tidak membersih dan meratakan tanah kami, hanya Allah akan membalas mereka. Alhamdulillah 2 minggu selepas itu tanah tersebut diratakan tetapi pokok-pokok yang ditebang hanya dihimpunkan ke tanah jiran. Begitulah kisahnya.

Pengajaran daripada kisah ini
1.       Jangan sesekali meletakkan kepercayaan penuh kepada seseorang berdasarkan penampilan mereka. Layan mereka seperti mereka adalah penjual dan anda adalah pembeli. Kedua-dua hak perlu dinyatakan dengan sejelas-jelasnya dalam perjanjian.
2.       Pastikan anda mempunyai details penjual seperti nama penuh, alamat tempat tinggal, salinan i/c, pekerjaaan, no plat kereta, h/p, alamat email (jika ada) dan sebagainya.
3.       Jika anda berurusan dengan orang yang bekerja dengan pejabat tanah atau pejabat daerah seelok-eloknya anda mendapatkan khidmat peguam kerana pelbagai perkara yang tidak dijangkakan boleh berlaku (mana-mana yang jujur tiada masalah tetapi yang bermasalah sahaja sudah cukup memeningkan anda).
4.       Jika anda berurusan dengan orang yang tiada kena mengena dengan yang dinyatakan di no.3  maka anda boleh membuat S&P yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (Pastikan S&P adalah win-win situation).
5.       Membuat semakan harga pasaran tanah tersebut sebelum dibuat pembelian.
6.       Elakkan membeli tanah yang dijual oleh penjual yang menggunakan nama saudara mara mereka ke atas tanah mereka. Nak beli boleh tetapi gunakan khidmat peguam.
7.       Kaji  tempoh masa yang diambil dalam urusan jual beli tanah untuk dimasukkan dalam S&P. Pendapat saya, jika tanah tiada masalah maka sebulan adalah memadai. Tempoh 2 hingga 3 bulan adalah untuk tanah yang memerlukan tindakan susulan (pembersihan) oleh pihak penjual.
8.       Pastikan anda mendapat resit yang perlu ditandatangani oleh penjual dan pembeli semasa membuat bayaran. Resit tersebut perlu ada butiran nama pembayar dan penerima, NO I/C, jumlah bayaran dan butiran maklumat tanah).
9.       Sentiasa peka dengan janji pihak penjual yang terkandung di dalam S&P. (lakukanlah follow-up selalu).


JOM BACA IKLAN SAYA SEKEJAP
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil Telefon Anda Tinggi???
Mahu jimat banyak?
Jom tukar kepada Postpaid RedONE.

KELEBIHAN POSTPAID REDONE :
1) Yuran bulanan hanya RM8 Sebulan
2) Anda akan dapat PERCUMA call selama 53 minit
3) Call PERCUMA ke semua rangkaian RedONE setiap hari
4) Call caj - RM0.15 / minit (hanya di caj setelah call percuma 53 minit habis digunakan)
5) SMS caj - RM0.05 (sesama redONE) dan RM0.10 (Lain-lain rangkaian)
6) Coverage Luas - menggunakan infra Celcom (mana-mana area ada Celcom turut ada RedONE)
7) Pengguna Blaclisted diterima
8) Ada itemise bil  - Anda boleh semak nombor-nombor yang anda call tanpa caj tambahan
9) Pakej data - Murah
10) RedONE adalah Postpaid (Pascabayar) bukan Prepaid (Prabayar) di mana tak perlu nak risau kredit cepat habis setiap Bulan.

Saya dah pakai dan amat mengesyorkan kepada anda sebab memang menjimatkan. Keterangan lanjut, layari blog saya dengan klik < DI SINI >


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

  1. NI pengalaman penulis ker? macam pernah terbaca jer kes nie kat satu ruangan forum lain..

    ReplyDelete
  2. Yup. Ni pengalaman sy sendiri. Update yg terbaru. semasa nak tukar nama geran, pejabat tanah kata tanah ada masalah. Penjual telah apply kaviet. kaviet ni berpunca apabila pembeli tak bayar duit keseluruhan menyebabkan tanah bermasalah. Utk makluman,sy dah bayar keseluruhan duit tersebut mengikut syarat S&P(semua bayaran sy ada salinan di fail sy).Kaviet tak boleh buat klu tiada geran original. Utk makluman, geran ori ada kat sy tapi tuan tanah boleh boleh buat kaviet jg.Ni bermakna ada salah guna kuasa. Perkara ni selesai juga setelah sy minta penjual batalkan kaviet. Sepatutnya sy kena bayar RM70 utk tukar nama geran tapi disebabkan kaviet sy kena bayar RM190.Huh..ni sbg. pengajaran kat sy dan anda semua yg membaca. Berhati-hati ye.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian. Saya juga nak share pengalaman yg hampir sama, tp utk pembelian kereta. Tak nak cerita panjang dan detail, tp pengajarannya ialah:
    1- Org yg bergaji besar tak semestinya orang yg flexible ttg duit. Biasanya orang yg lebih kaya akan lebih berkira.
    2- Org tersebut mungkin baik, tp tak semestinya apa yg dia bagitahu ttg kereta tersebut sama keadaan sebenarnya kerana kekurangan ilmu ttg kereta (assuming dia tak berniat nak tipu).
    3- No matter how good the offer is, check keadaan kereta. May be car condition is OK, tp u expected better and feel misleaded.
    4- Jgn fikir nak tolong orang dgn memindahkan masalah dia kepada anda. It won't solve the problem.

    ReplyDelete
  4. Smiling MY, terima kasih dgn perkongsian saudara jg.Kesimpulannya,apa saje urusan jual beli kena berhati2. Tidak boleh ambil mudah. Biar lambat pun tak pe yg penting selamat.Biar penjual tu nak kata apa. Itu adalah hak kita sbg. pembeli.

    ReplyDelete
  5. cerita/pengalaman yang membantu!

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum.blog ini masih aktif ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...