Wednesday, December 1, 2010

Perniagaan Online

  Anda ingin BERNIAGA ONLINE? Apa yang seronoknya berniaga online? Adakah perniagaan online ini sesuatu yang menguntungkan atau sebaliknya? Persoalan ini akan sentiasa timbul di dalam benak fikiran anda yang bercadang memulakan perniagaan online. Betul tak? Pada pendapat dan pengalaman saya, jawapan bagi persoalan ini ialah YA tetapi anda perlu ada strateginya terlebih dahulu.  Berikut adalah strateginya :



1.       Anda perlu ada modal
  • Tidak semestinya tinggi dan tidak semestinya rendah bergantung pada produk
  • Jika nak murah, anda digalakkan menjadi agen dropshipping. (Anda jual produk orang dan anda mendapat komisyen).
2.       Anda perlu ada produk 
  •       Kaji produk keperluan semasa yang terbaik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding produk lain seperti produk kecantikan, produk menguruskan badan, pakaian, perhiasan dan sebagainya. Produk-produk tersebut mestilah berkualiti tinggi dan tidak terlalu mahal. Jika anda sengaja menjual produk yang senang diperolehi di pasar malam bermakna anda sengaja menempah kerugian dalam perniagaan.

    3.       Anda perlu ada laman web shopping cart.
    • Anda boleh mengupah freelance yang menyediakan khidmat membangunkan laman web perniagaan dengan harga serendah RM250 di pasaran online.
    • Jika anda rajin anda juga boleh membangunkan sendiri laman web perniagaan dengan membeli e-book online atau mengikuti kursus yang ditawarkan.
    •  Domain atau alamat laman web hendaklah dikaji  yang semua orang senang ingat. Contohnya, laman web www.mudah.my.  
    4.       Anda perlu membuat Pemasaran
    • Anda perlu rajin membuat pemasaran produk anda seperti menyewa iklan di laman web yang mempunyai ramai pegunjung (Jangan takut untuk keluarkan duit untuk tujuan pemasaran).
    • Membuat hebahan produk di forum perbincangan
    •  Membuat pemasaran di media social (facebook/twitter/)
    •  Membuat hebahan email dengan cara berhemah (bukan buat spam ye)
    5.       Khidmat memproses produk mestilah Cepat dan Memuaskan hati pelanggan
    6.       Mempelbagaikan produk anda dari semasa ke semasa.
    • Perkara ini sangat penting kerana pelanggan akan jemu melihat produk yang sama setiap bulan dan secara tidak langsung pelanggan anda akan beralih ke laman web perniagaan yang lain
    7.       Anda perlu ada Motivasi diri
    • Perkara ini juga sangat penting kerana tanpa motivasi diri yang kuat anda akan dengan mudah jatuh tersungkur!.
    Sekian sahaja perkongsian idea daripada saya. Jika anda ingin menambah idea anda, saya menjemput anda  berkongsi  strategi yang perlu ada dalam membuat perniagaan online. Kerjasama anda amat saya hargai.

    3 comments:

    1. Anda dijemput berkongsi komen dan cadangan di sini berkaitan topik ini. Terima kasih.

      ReplyDelete
    2. berminat untuk menceburi perniagaan online...tetapi masih mentah ataupun ZERO knowledge dlm hal2 begini..harap boleh mendapat tunjuk ajar daripada saudara.. :)

      ReplyDelete
    3. Pengalaman sy pun masih tak seberapa.Cuma aspek paling penting sebelum nak jual online buat research dulu tentang produk yg nak dijual.Adakah produk tu betul2 org nak?Sale yg terbaik pernah sy buat ialah menjual baju kurung chiffon dgn. harga yg berpatutan. Tudung pun ok gak tapi mesti yg berkualiti dan kena dengan harga.Klu dah betul2 tekad nak berniaga buat website online shopping. Boleh upah orang buat dlm rm250.

      ReplyDelete

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...