Wednesday, December 8, 2010

Mana lebih untung? BISNES MENJUAL PRODUK atau BISNES MEMBERIKAN PERKHIDMATAN?


Setiap peniaga yang ingin memulakan perniagaan pasti akan menitikberatkan soal keuntungan yang akan diperolehi. Tiada peniaga yang berniaga suka-suka hendak mendapat rugi. 

Merujuk pada tajuk ini, saya beranggapan berniaga dengan memberikan khidmat (konsultansi, penyelenggaraan dan lain-lain) adalah suatu yang lebih menguntungkan berbanding bisnes menjual produk.


Ini adalah berdasarkan faktor-faktor berikut :
  1. Tidak memerlukan modal yang tinggi
  2. Kemahiran yang diperlukan bergantung kepada skop kerja yang diceburi (contoh : khidmat servis penghawa dingin hanya perlu ada kemahiran khusus bidang ini)
  3. Modal sekali seumur hidup (Contoh : agen insurans / saham amanah)
  4. Tidak perlu memikirkan soal nak jual barang tetapi hanya memberikan khidmat untuk memudahkan atau membantu meringankan kerja orang
  5. Pasaran agak tinggi sebab bisnes yang berdasarkan perkhidmatan adalah lebih bersifat pelanggan mencari anda bukan anda mencari pelanggan. Contoh, pelanggan yang memerlukan perkhidmatan mencuci rumah pastinya akan mencari anda untuk tujuan tersebut (ini berdasarkan pengalaman saya)
  6. Persaingan agak rendah berbanding menjual produk tetapi kualiti perkhidmatan sangat perlu dititikberatkan
  7. Kadar keuntungan agak tinggi berbanding menjual produk

Contoh Bisnes Memberikan Khidmat yang mampu menjana pendapatan sampingan yang tinggi  tanpa perlu menubuhkan syarikat
1.       Agen Insurans (Agen berlesen)
2.       Agen Unit Amanah (Agen berlesen)
3.       Agen Hartanah
4.       Agen Pinjaman Peribadi / perumahan
5.       Agen jual beli kereta
6.       Khidmat Mereka bentuk grafik untuk penerbitan majalah / buku
7.       Khidmat membangunkan multimedia / video koporat
8.       Khidmat membangunkan laman web
9.       Khidmat mencuci rumah menggunakan mesin secara professional (Rumah kosong / baru / diubahsuai). Elakkan membuat cucian ke atas rumah yang mempunyai perabut kerana berisiko tinggi  jika terdapat kerosakan di atas kecuaian kita.
10.   Khidmat membaiki peralatan elektrik / elektronik (Komputer/TV/Radio/Mesin basuh dll)
11.   Khidmat membuat servis penghawa dingin (rumah ke rumah)
12.   Khidmat Mencuci kereta profesional (rumah ke rumah)
13.   Khidmat rakaman dan edit  video untuk majlis perkahwinan
14.   Khidmat juru foto professional
15.   Khidmat sewaan kanopi untuk majlis keramaian

Oh ye, anda jangan salah faham saya bukan mengatakan menjual produk tidak untung tetapi perbandingan ini dibuat berdasarkan dari sudut modal dan kemahiran. Kesimpulan yang saya dapat buat ialah Bisnes memberikan perkhidmatan memerlukan modal yang sangat rendah dan anda perlu mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Anda fikirkan macam mana nak selesaikan masalah orang maka bisnes perkhidmatan itu lah yang perlu anda jalankan. Sekian sahaja pandangan saya berkenaan tajuk ini. Tajuk akan datang saya akan menyatakan pandangan berkenaan bisnes menjual produk.Terima kasih.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...