Monday, May 9, 2011

Apa itu 5S?

Saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi hari ini daripada ceramah 5S yang dihadiri. Sememangnya saya tahu apa itu 5S tetapi saya tidak arif apa pendekatan tersebut. Ramai orang mengatakan 5S ini adalah sesuatu yang menyusahkan. Tetapi setelah mendengar ceramah tersebut, baru saya ketahui bahawa 5S ini adalah satu langkah untuk mendisplinkan diri kita agar dapat menguntungkan semua pihak.

Apa yang dimaksudkan dengan 5S?


  1. SEIRI (sisih) - Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya
  2. SEITON (susun) - Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
  3. SEISO (sapu) - Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakasan
  4. SEIKETSU (seragam) - Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
  5. SHITSUKE (sentiasa amal) - Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya
Untuk memulakan amalan 5S ini sememangnya agak sukar tetapi saya percaya jika kita ada tekad dan pendirian untuk berubah nescaya kita boleh buat. Jom kita cuba amalan 5S ini tak kira di pejabat mahupun rumah...Selamat Mencuba. Untuk membaca dengan lebih lanjut berkenaan amalan 5S, sila klik Di Sini

Contoh Amalan 5S

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...