Sunday, May 1, 2011

Pengalaman mendapatkan khidmat servis air cond rumah

Sambil-sambil saya melayari internet tiba-tiba rasa nak berkongsi dengan rakan-rakan pasal servis aircond yang dibuat di kediaman saya pada bulan Mac yang lepas. Harga yang ditawarkan tukang tersebut agak murah serendah RM150 di mana kerja-kerja yang dilakukan adalah termasuk membuka, mencuci, memasang (compressor dan aircond ) serta mengisi gas. Harga pasaran dalam RM200 dan ke atas. Alhamdulillah sejuk balik bilik tidur utama saya. Namun kesejukan itu hanya seketika (selama seminggu) dimana aircond tersebut menjadi panas semula. Saya telah memaklumkan kepada tukang tersebut dan setelah dibuat penelitian didapati kuantiti aircond yang diisi adalah tidak mencukupi. Gas ditambah lagi dan bilik saya menjadi sejuk kembali. 

Namun kesejukan itu hanya bertahan selama 4 hari je. Hmm...saya pun dah malas nak panggil tukang servis aircond tersebut sebab dah 2 kali dia buat tapi perkara yang sama turut berlaku kembali.  Memandangkan kipas di bilik saya telah rosak maka saya terpaksa memanggil tukang servis aircond yang lain untuk kerja-kerja tersebut. Kali ini saya minta rekemen dari sahabat saya yang banyak kenalan dengan kontraktor. Sahabat saya telah mengesyorkan seorang tukang aircond yang berpengalaman. Untuk makluman, tukang aircond ini pernah bekerja selama 20 tahun di kilang panasonic dan sekarang ini telah membuka kedai membaiki peralatan elektrik yang terletak di Damansara Damai.

Tukang tersebut telah membuat checking ke atas aircond saya dan mendapati paip yang menghubungkan compressor dan aircond telah pecah disebabkan telah di skru terlalu ketat. Tukang aircond ini telah membuat kerja-kerja pembaikan dan isi gas. Alhamdulillah kini aircond saya telah sejuk seperti sedia kala. Untuk makluman, kos servis dan membaikpulih aircond saya dengan tukang yang kedua sebanyak RM170. Kos ini agak mahal di pasaran tetapi saya tetap rasa berbaloi sebab dia seorang tukang servis aircond yang profesional. Terima kasih kepada En. Fauzi iaitu sahabat yang telah rekemenkan saya dengan tukang aircond yang profesional.

Dua pengajaran dari kisah ini:
  1. Untuk barangan yang melibatkan elektrik dan elektronik, seelok-eloknya mendapatkan khidmat orang yang pakar dalam bidang tersebut. Kalau freelance pun tak mengapa yang penting dia ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kalau boleh check latarbelakang atau testimoni orang tersebut.
  2. Amalan berjimat memang bagus tetapi untuk kes ini (melibatkan elektrik dan elektronik), walaupun saya bayar sedikit mahal tetapi saya berasa yakin dengan servis tersebut sebab orang tersebut adalah seorang yang berpengalaman.

18 comments:

  1. assalamualaikum... boleh ker saya mintak no telepon tukang service yang pro tu...

    ReplyDelete
  2. pasang dgn wiring serta servis topup gas brp? bg saya harga cantik

    ReplyDelete
  3. Saya pun ada buat electical & aircon service, 0122585581 Azmi, ofis shah alam.

    ReplyDelete
  4. just nak tanya, service to termasuk cuci aircond ke x termasuk isi gas? saya pernah kena service rm160, isi gas rm 60.. so total rm 220...

    ReplyDelete
  5. saya pun tengah cari org utk servis aircond. dah tak sejuk, tapi pasang jugalah tambah dgn kipas..bil letrik tak payah ckp la melambung2...filter selalu cuci tapi mungkin gas ke yg dah habis..pernah servis dulu tp sekejap je sejuk..saya di bandar tun razak..ada sesiapa boleh rekomen area situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. call aircond service btr 0176497172 daim

      Delete
  6. Aircond Service utara area Kedah,Penang..jika di luar kawasan, kita bincang terlebih dahulu..dalam rumah panas ,nak psang baru tapi takde kontaktor ? aircond dah ada tapi rosak/tak berfungsi dgn baik ?

    JANGAN RISAU kami boleh tolong usahakan untuk anda..jika berminat sila hubungi AZAM 017- 4198861 @ 019- 4198561 . Jgn malu2 nohh..ANDA CALL KAMI DATANG !

    ReplyDelete
  7. EXPERT HOME SOLUTION..SERVIS & PASANG AIRCOND.AREA SERI KEMBANGAN,PUCHONG,CYBERJAYA,PUTRAJAYA,KAJANG,BANGI.KAMI AKAN SELESAIKAN MASALAH ANDA.DAPATKAN KHIDMAT NASIHAT PERCUMA..CALL 0172006373 (BADRUL)

    ReplyDelete
  8. Overhaul service airconditioners..

    Package include gas = RM120.00

    Diamond Strategic Ventures.

    Faizal - 0134178862

    Selangor dan Lembah Klang.

    ReplyDelete
  9. mantapppp...... kerana bagi maklumat yang berguna pada saya............

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...