Monday, May 23, 2011

Renovate rumah? Kena gaya.. banyak boleh jimat!

Hari ini saya nak kongsikan bersama-sama rakan-rakan tentang pengalaman saya mengurangkan perbelanjaan semasa membuat kerja-kerja renovate rumah. Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan. Sebagai pengenalan, saya telah membeli rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 22 X 75 di Sg. buloh pada tahun 2007. Rumah ini saya beli dengan harga RM175K dan Alhamdulillah pada tahun ini harga pasaran rumah ini adalah mencecah RM265K(maklumat ini diambil daripada pihak bank).

Untuk makluman, rumah ini telah berusia 15 tahun tetapi sijil menduduki (CF) hanya baru diperolehi pada tahun 2005. Pelikkan...Memandangkan CF diperolehi pada tahun 2005 jadi status leasehold rumah saya pada ketika itu adalah 97 tahun.

Berbalik kepada topik asal, rumah ni memang dah agak uzur dengan bumbung dan cat yang dah lusuh. Kalau tengok dekorasi dalam rumah lagi lah sedih. Sebelum nak masuk rumah baru ini, saya dan isteri telah bercadang nak buat ubahsuai rumah mengikut selera dan budget kami. Yang paling penting rumah ini nampak seperti rumah baru. Kami telah mendapatkan dua sebutharga daripada kontraktor freelance berlainan yang saya kategorikan seperti berikut :

1. Sebutharga PENUH (semua atas kontraktor)
    - Pasang Tiles keseluruhan tingkat atas dan tangga
    - Naik bata buat dapur basah + Pasang Tiles
    - Pasang plaster siling di tingkat bawah dan master bedroom di tingkat atas
    - Wiring (tanam wayar dan buat wiring baru)
    - Cat keseluruhan rumah (dalam dan luar) termasuk bumbung
    - Tukar tingkap nako kepada aluminium vico serta pintu baru

Kos Keseluruhan : RM38,000.00

2. Sebutharga SEPARUH (barang beli sendiri dan upah kontraktor)
    - Kerja-kerja sama seperti di atas tetapi tidak termasuk kerja-kerja mengecat dalam rumah dan wiring

Kos bahan mentah : RM10K (beli sendiri)
Kos upah : RM9K (kontraktor)
Kos wiring : RM3500.00 (upah orang lain)
Kos beli Cat : RM700.00 (cat sendiri)
Kos Keseluruhan : RM23,200.00 sahaja

Di sini saya telah memilih sebutharga separuh dan dapat berjimat sebanyak RM14,800.00. WOW! Banyakkan....Duit lebihan budget yang saya ada telah kami guna untuk membeli perabot rumah.

Nasihat saya daripada pengalaman ini:
1. Jika anda ada budget tinggi maka dialukan mendapatkan sebutharga penuh daripada kontraktor
2. Jika budget anda sedikit seperti saya maka dapatkanlah sebutharga separuh

Cadangan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian jika mendapatkan sebutharga separuh:
1. Anda perlu menetapkan budget untuk kerja-kerja ubahsuai rumah anda
2. Dapatkan sebutharga penuh terlebih dahulu untuk dijadikan panduan bagi sebutharga separuh
3. Buat anggaran kos bahan mentah
4. Jika kos bahan mentah RM10 ribu maka anggaran upah turut dalam lingkungan ini (biasanya kurang dan mungkin lebih mengikut keadaan semasa)
5. Membuat kajian terlebih dahulu kesesuaian rekabentuk rumah dengan yang anda inginkan
6. Bila dah ada contoh rekabentuk seterusnya buat lukisan pelan
7. Cari kontraktor yang mempunyai latarbelakang yang boleh dipercayai (dapatkan rekemen kawan yang pernah mendapatkan khidmat kontraktor)
8. Bincang harga dan tempoh siap
9. Setuju harga dan jalan projek


JOM BACA IKLAN SAYA SEKEJAP
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bil Telefon Anda Tinggi???
Mahu jimat banyak?
Jom tukar kepada Postpaid RedONE.

KELEBIHAN POSTPAID REDONE :
1) Yuran bulanan hanya RM8 Sebulan
2) Anda akan dapat PERCUMA call selama 53 minit
3) Call PERCUMA ke semua rangkaian RedONE setiap hari
4) Call caj - RM0.15 / minit (hanya di caj setelah call percuma 53 minit habis digunakan)
5) SMS caj - RM0.05 (sesama redONE) dan RM0.10 (Lain-lain rangkaian)
6) Coverage Luas - menggunakan infra Celcom (mana-mana area ada Celcom turut ada RedONE)
7) Pengguna Blaclisted diterima
8) Ada itemise bil  - Anda boleh semak nombor-nombor yang anda call tanpa caj tambahan
9) Pakej data - Murah
10) RedONE adalah Postpaid (Pascabayar) bukan Prepaid (Prabayar) di mana tak perlu nak risau kredit cepat habis setiap Bulan.

Saya dah pakai dan amat mengesyorkan kepada anda sebab memang menjimatkan. Keterangan lanjut, layari blog saya dengan klik < DI SINI >


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4 comments:

  1. post yang sangat bermanfaat, nak rajin sikit jimat lebih banyak duit..

    ReplyDelete
  2. tuan boleh bagi alamat email, nak tayer pasal renovate? tq

    ReplyDelete
  3. Saya pun nak buat renovasi rumah teres 2 tingkat size 20 x 65 dengan budget ketat. Juga nak buat penambahan 2bilik tidur dan 2 bilik air di loteng menjadi 2 1/2 tingkat. Harap boleh bantu

    ReplyDelete
  4. Saya kontraktor dari indonesia bagi yg berminat sila hubungi saya ditalian (0102600434)
    Atau emailkan ke facebook saya (kontraktor sdnbhd@yahoo.com)
    Sila tengok contoh rumah yg saya dh buat kat fb saya,,, thank,s

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...