Tuesday, January 25, 2011

Pelik tapi benar!

Lokasi : Beringin, Melaka
Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk sedikit dengan kerja di pejabat. Tetapi tak mengapa sebab saya ada perkara yang hendak dikongsikan dengan rakan-rakan sekalian. Pada sabtu yang lepas (22 Jan 2011), saya telah pulang ke kampung di Melaka bersama anak dan isteri. Sambil-sambil bercuti kami sempat juga singgah ke kebun abang saya yang terletak tidak jauh dari tanah saya. Di kebun abang saya, tiada apa yang menarik sebab bukan musim buah. Cuma yang ada hanya buah nenas dan pisang yang sudah masak. Sambil-sambil kami meninjau keadaan kebun terlihat pula sepohon pokok pisang yang agak pelik. Pokok ni tumbuh macam biasa tetapi cara ia berbuah agak berbeza daripada pokok-pokok pisang yang lain. Kebiasaannya tandan pisang akan berbuah di bahagian atas / pangkal pokok tetapi pokok ni berbuah di tengah-tengah batang. Hmm...pelikkan! Nak tengok gambar dengan lebih jelas klik je gambar-gambar yang disertakan. Gambar ni tak berapa jelas sebab menggunakan kamera pada telefon bimbit je. Sekian sahaja.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...