Wednesday, June 1, 2011

TV Al Hijrah kini di saluran Astro 114

Rasa-rasanya ramai yang tidak sabar nak tonton  TV Al Hijrah di saluran Astro termasuk juga saya. Hehehe...Maklumlah nak guna aerial biasa susah sangat nak dapat siaran tv. Bermula hari ini (1 Jun 2011) TV Al Hijrah kini boleh ditonton di saluran Astro 114. Kepada rakan-rakan yang menggunakan aerial biasa, di bawah ini disertakan liputan frekuensi TV Al hijrah yang perlu anda setting pada tv anda.

Liputan
Saluran UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang
CH 55
743.25
Terengganu
CH 41
631.25
Kuantan, Pahang
CH 22
479.25
Mersing, Johor
CH 40
623.25
Kuching, Sarawak
CH 37
599.25
Kota Kinabalu, Sabah
CH 37
599.25
Selamat Menonton. Untuk ke laman web TV Al Hijrah boleh klik di sini

Di Sebalik Keperluan Air

Air merupakan sumber utama keperluan cecair  seharian kita. Air mineral atau minuman, susu, teh herba, sup cair,jus buah-buahan atau sayur-sayuran ialah pilihan kita untuk mendapatkan cecair yang diperlukan oleh badan. Minuman ringan juga menyumbang kepada cecair untuk badan kita, tetapi harus diingatkan minuman ringan yang mengandungi tinggi gula ini juga boleh menyumbang kepada tambahan kalori dan menyebabkan berat badan kita juga naik.

Tuesday, May 24, 2011

Piring Astro Mengadap Kiblat?

Saya ada menerima email mengatakan piring Astro mengadap kiblat. Bila baca email tersebut banyak kebenarannya. Dibawah ini saya paste kandungan email yang saya terima untuk tatapan rakan-rakan sekalian.

Monday, May 23, 2011

Renovate rumah? Kena gaya.. banyak boleh jimat!

Hari ini saya nak kongsikan bersama-sama rakan-rakan tentang pengalaman saya mengurangkan perbelanjaan semasa membuat kerja-kerja renovate rumah. Pengalaman ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada rakan-rakan. Sebagai pengenalan, saya telah membeli rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 22 X 75 di Sg. buloh pada tahun 2007. Rumah ini saya beli dengan harga RM175K dan Alhamdulillah pada tahun ini harga pasaran rumah ini adalah mencecah RM265K(maklumat ini diambil daripada pihak bank).

Untuk makluman, rumah ini telah berusia 15 tahun tetapi sijil menduduki (CF) hanya baru diperolehi pada tahun 2005. Pelikkan...Memandangkan CF diperolehi pada tahun 2005 jadi status leasehold rumah saya pada ketika itu adalah 97 tahun.

Monday, May 9, 2011

Apa itu 5S?

Saya nak berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi hari ini daripada ceramah 5S yang dihadiri. Sememangnya saya tahu apa itu 5S tetapi saya tidak arif apa pendekatan tersebut. Ramai orang mengatakan 5S ini adalah sesuatu yang menyusahkan. Tetapi setelah mendengar ceramah tersebut, baru saya ketahui bahawa 5S ini adalah satu langkah untuk mendisplinkan diri kita agar dapat menguntungkan semua pihak.

Apa yang dimaksudkan dengan 5S?

Sunday, May 1, 2011

Pengalaman mendapatkan khidmat servis air cond rumah

Sambil-sambil saya melayari internet tiba-tiba rasa nak berkongsi dengan rakan-rakan pasal servis aircond yang dibuat di kediaman saya pada bulan Mac yang lepas. Harga yang ditawarkan tukang tersebut agak murah serendah RM150 di mana kerja-kerja yang dilakukan adalah termasuk membuka, mencuci, memasang (compressor dan aircond ) serta mengisi gas. Harga pasaran dalam RM200 dan ke atas. Alhamdulillah sejuk balik bilik tidur utama saya. Namun kesejukan itu hanya seketika (selama seminggu) dimana aircond tersebut menjadi panas semula. Saya telah memaklumkan kepada tukang tersebut dan setelah dibuat penelitian didapati kuantiti aircond yang diisi adalah tidak mencukupi. Gas ditambah lagi dan bilik saya menjadi sejuk kembali. 

Tuesday, March 22, 2011

Pertandingan Memancing Sejuta Belia 2011

Ada orang meninggalkan jejak ShoutMix di laman web saya berkenaan pertandingan memancing. Jadi saya pasti ramai sangat orang yang suka memancing. Lebih-lebih lagi dapat hadiah wang tunai. Betul Tak??? Kat ofis saya ramai juga mamat kaki pancing. Kata mereka, tak menang pun tak de hal yang penting dapat kepuasan memancing. Jika anda suka memancing, sila beri tumpuan kepada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 29 Mei 2011
Masa : 9 pagi - 1 petang
Tempat : Tasik Putrajaya


Untuk keterangan lanjut, boleh klik gambar atau di sini. Harap maklum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...