Tuesday, January 25, 2011

Pelik tapi benar!

Lokasi : Beringin, Melaka
Sejak akhir-akhir ini saya agak sibuk sedikit dengan kerja di pejabat. Tetapi tak mengapa sebab saya ada perkara yang hendak dikongsikan dengan rakan-rakan sekalian. Pada sabtu yang lepas (22 Jan 2011), saya telah pulang ke kampung di Melaka bersama anak dan isteri. Sambil-sambil bercuti kami sempat juga singgah ke kebun abang saya yang terletak tidak jauh dari tanah saya. Di kebun abang saya, tiada apa yang menarik sebab bukan musim buah. Cuma yang ada hanya buah nenas dan pisang yang sudah masak. Sambil-sambil kami meninjau keadaan kebun terlihat pula sepohon pokok pisang yang agak pelik. Pokok ni tumbuh macam biasa tetapi cara ia berbuah agak berbeza daripada pokok-pokok pisang yang lain. Kebiasaannya tandan pisang akan berbuah di bahagian atas / pangkal pokok tetapi pokok ni berbuah di tengah-tengah batang. Hmm...pelikkan! Nak tengok gambar dengan lebih jelas klik je gambar-gambar yang disertakan. Gambar ni tak berapa jelas sebab menggunakan kamera pada telefon bimbit je. Sekian sahaja.


Friday, January 7, 2011

Hati-hati membeli barang secara online


Hari ini saya terbaca dalam satu forum mengatakan ada penipuan berlaku semasa jual beli di www.mudah.my.  Perkara ini telah berlaku pada tahun 2008 di mana peniaga tersebut menjual camera, handphone, pda dan laptop dengan harga yang sangat murah. Melihat harga tersebut murah pembeli telah diminta untuk membayar deposit terlebih dahulu sebanyak RM80 dan menyatakan barang akan sampai dalam tempoh 2 – 3 hari. Selepas 5 – 10 hari barang tetap tidak sampai dan pembeli  rasa telah ditipu. Walaupun  perkara ini telah berlaku 2 tahun yang lepas saya ingin berkongsi sedikit pandangan sebab saya juga adalah peniaga online. Kehadiran manusia penipu begini akan menjatuhkan reputasi peniaga-peniaga online lain.

Thursday, January 6, 2011

Kursus Asas Fotografi


Sedang saya berforum terjumpa pula iklan Kursus Asas Fotografi. Pendapat saya, kursus ini sesuai untuk rakan-rakan yang ingin membuat side income sebab pasarannya agak luas. Saya rasa harga kursus yang ditawarkan  juga agak murah (RM200/2hari). Ada seorang rakan saya buat bisnes ini secara sambilan dan memberitahu keuntungan bisnes ini agak lumayan.  Katanya, apa-apa pun kemahiran dan ilmu sangat penting supaya pelanggan yakin dengan keupayaan kita. Rakan-rakan yang berminat untuk hadiri kursus ini, sila layari laman web tersebut <disini>. Oh ye, saya tiada kena mengena dengan pemilik blog tersebut tetapi sekadar berkongsi maklumat bisnes yang saya jumpa (blog ini adalah medium untuk berkongsi maklumat peluang perniagaan).

Monday, January 3, 2011

Tips Bisnes Mencuci Rumah Secara Profesional

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda berkenaan bisnes khidmat mencuci rumah secara professional yang dijalankan secara sambilan. Alhamdulillah pasaran perniagaan ini amat tinggi dan sehingga kini walaupun saya sudah tidak menawarkan khidmat ini masih terdapat ramai pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat saya. Untuk makluman, saya tidak lagi membuat bisnes ini bukan kerana tidak menguntungkan tetapi disebabkan faktor lokasi tempat isteri bekerja memerlukan saya meluangkan masa hujung minggu bersama anak dan isteri.

Bisnes ini telah saya jalankan pada tahun 2009 di mana pada permulaannya saya mengupah pekerja asing yang mempunyai kemahiran menggunakan machine dan chemical cleaning. Lama-kelamaan saya membuat sendiri dan dibantu oleh adik dan abang ipar saya. Bisnes ini boleh dikatakan sangat mudah kerana lebih bersifat pelanggan mencari anda. Anda hanya perlu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti maka pelanggan akan mewar-warkan khidmat anda pada rakan-rakan mereka.

Monday, December 20, 2010

Bijak berbelanja!!!


Contoh Jadual Belanjawan Tahun 2011 (sila klik gambar)  
Pernahkah anda terfikir untuk membuat budget tahunan anda? Saya rasa ramai yang tidak buat kerana kurang pendedahan tentang perkara ini. Budget boleh dianggap sebagai satu garis panduan untuk kita merancang perbelanjaan supaya tidak melebihi daripada sasaran / batasan yang telah kita tetapkan.
 
     Budget tahunan perlu dibuat oleh semua orang bagi tujuan berikut :
  1. Memastikan perbelanjaan dapat diuruskan dengan lebih cekap dan berhemah (bijak berbelanja)

Monday, December 13, 2010

Beli TANAH? Elakkan ditipu.....


Tiba-tiba saja saya ingin berkongsi pasal pengalaman membeli tanah.  Hari ini (13 Disember 2010) selesailah sudah semua proses jual beli tanah. Alhamdulillah banyak juga liku-liku yang dihadapi tetapi berakhir dengan jayanya.

Untuk makluman anda, tanah yang saya beli terletak di Melaka dan lokasinya agak strategik (facing jalan besar, 100m dari sekolah dan bersebelahan dengan gelanggang futsal). Dipendekkan cerita tanah ni memang bagus cuma terdapat pokok-pokok besar serta keadaan tanah yang tidak rata.

Wednesday, December 8, 2010

Mana lebih untung? BISNES MENJUAL PRODUK atau BISNES MEMBERIKAN PERKHIDMATAN?


Setiap peniaga yang ingin memulakan perniagaan pasti akan menitikberatkan soal keuntungan yang akan diperolehi. Tiada peniaga yang berniaga suka-suka hendak mendapat rugi. 

Merujuk pada tajuk ini, saya beranggapan berniaga dengan memberikan khidmat (konsultansi, penyelenggaraan dan lain-lain) adalah suatu yang lebih menguntungkan berbanding bisnes menjual produk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...